6 Bintang Arsenal yang telah menjaringkan lebih 20 gol dalam Liga Perdana.

PIERRE-EMERICK AUBAMEYANG menjadi pemain keenam dan terkini Arsenal untuk menjaringkan 20 atau lebih gol dalam satu musim.


Penyerang Gabon itu mencipta kejayaan dengan menjaringkan 22 gol dan berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana 2018/19 bersama pemain Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Semenjak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan, The Gunners telah merekodkan enam pemenang Kasut Emas dengan lagenda kelab, Thierry Henry merupakan pemain paling banyak memenangi Kasut Emas dengan empat kali.

Berikut adalah enam pemain The Gunners yang berjaya menjaringkan 20 atau lebih gol dalam satu musim semenjak Liga Perdana diperkenalkan pada tahun 1992 .

*merujuk dan menandakan musim dimana ianya merupakan pemenang Kasut Emas.

1. Ian Wright
Menjaringkan 20 gol atau lebih pada musim 1993/94 dan 1996/97
Legenda The Gunners, Ian Wright sebenarnya mempunyai kempen liga yang paling produktif bersama Arsenal sebelum era Liga Perdana diperkenalkan.

Pun begitu beliau masih mampu mencetak lebih daripada 20 gol dalam dua musim selepas tahun 1992.

Pemain lagenda ini tidak pernah mengecewakan jentera serangan Arsenal apabila beliau sentiasa konsisten menjaringkan lebih atau sekurang-kurangnya 15 gol setiap musim sehingga musim terakhir beliau bersama The Gunners.

2. Thierry Henry
Menjaringkan 20 gol atau lebih pada musim 2001/02 *, 2002/03, 2003/04 *, 2004/05 * dan 2005/06 *
Wright telah memahatkan dirinya selaku penjaring terbanyak sepanjang tahun Arsenal pada tahun 1997, namun Thierry Henry akhirnya menghancurkan rekod tersebut setelah tiba di Utara London dari Juventus pada tahun 1999.

Selepas menjaringkan 17 gol Liga Perdana pada dua musim pertamanya bersama The Gunners, Henry akhirnya berjaya meledakkan sekurang-kurangnya 24 gol untuk setiap musim bagi lima musim berikutnya. 

Penyerang Perancis itu memenangi Kasut Emas dalam empat kempen termasuklah apabila Arsenal menjuarai liga dengan status 'Invincible' pada musim 2003/04 dan beliau menjaringkan 30 gol musim itu.



3. Emmanuel Adebayor
Menjaringkan 20 gol atau lebih pada musim 2007/08
Musim 2007/08 merupakan musim paling produktif setakat ini untuk bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor.

Pemain penyerang Togo ini berjaya menjaringkan 30 gol dalam kesemua pertandingan dan 24 gol dalam saingan Liga Perdana untuk Arsenal pada musim tersebut.

Dan Adebayor sebenarnya tidak pernah menjaringkan lebih daripada 17 gol dalam satu musim untuk mana-mana kelab yang diwakilinya, dan jumlah tersebut (17 gol) dicipta ketika mewakili Tottenham pada musim 2011/12.

4. Robin van Persie
Menjaringkan 20 gol atau lebih pada musim 2011/12 *
Robin van Persie mungkin berjaya menjaringkan 20 atau lebih gol dalam saingan Liga Perdana untuk satu musim setelah menyertai Arsenal, jika tidak bergelut dengan masalah kecederaan.

Sepanjang lapan musim bersama The Gunners, beliau menemui sentuhan berbisa di musim terakhirnya apabila menjaringkan 30 gol dalam saingan liga.

Lebih menarik, beliau bermain ataupun beraksi penuh 38 perlawanan musim itu.

Musim itu juga menyaksikan beliau memenangi Kasut Emas dan kemudiannya berpindah menyertai Manchester United dengan penuh kontroversi.



5. Alexis Sanchez
Menjaringkan 20 gol atau lebih pada musim 2016/17
Kemasukkan Alexis Sanchez ke Arsenal dari Barcelona pada tahun 2014 memberikan semangat baru dalam jentera serangan, namun pemain Chile itu hanya mampu menyesuaikan diri pada musim  ketiga beliau, 2016/17.

Beliau telah menjaringkan 24 gol Liga Perdana dan 30 gol dalam kesemua pertandingan dan setakat ini, musim tersebut merupakan musim paling produktif sepanjang karier bolasepak beliau.

Episod duka beliau bermula setelah meninggalkan Arsenal pada Januari 2018 dengan menyertai Manchester United.

Sepanjang dua musim bersama United, beliau hanya beraksi 32 perlawanan dengan tiga gol sahaja berjaya dijaringkan beliau.

6. Pierre-Emerick Aubameyang

Aubameyang, pemain yang dibawa masuk bagi menggantikan Sanchez pada Januari 2018, merupakan pemain termahal yang pernah dibeli oleh Arsenal.

Beliau dimasuk dari Borussia Dortmund dengan rekod perpindahan termahal kelab dengan bayaran perpindahan sebanyak £56 juta.

Jika musim pertama beliau hanya beraksi separuh musim (perpindahan Januari) dan berjaya menjaringkan  10 gol dalam 13 penampilan beliau bagi saingan Liga Perdana Inggeris.

Musim kedua menyaksikan beliau menggandakan pencapaian itu apabila meledakkan 22 gol dalam saingan liga untuk berkongsi Anugerah Kasut Emas pada musim pertama penuh dirinya di liga Inggeris.

Post a Comment

Previous Post Next Post