"Saya sepatutnya menjadi pemenang Liga Perdana bersama Arsenal" - Petr Cech

PETR CECH mengatakan beliau seharusnya menjadi juara bertahan (Kejuaraan Liga Perdana Inggeris) bersama Arsenal.



Selepas tiba dari Chelsea, Cech kecewa kerana tidak memenangi gelaran musim pertama dan mendapati ianya menjadi lebih teruk apabila pengurus pasukan, Arsene Wenger sering memainkan beliau sebagai penjaga gol No.2 bagi saingan ataupun perlawanan Liga Juara-Juara (UCL).


Cech, sebelum menyertai Arsenal menjulang Kejuaraan Liga bersama Chelsea pada musim 2014/15 dan beliau menyertai The Gunners pada musim berikutnya (2015/16).

"Musim pertama, kita sepatutnya memenangi liga. Itulah salah satu kesilapan kita lakukan yang pada akhirnya memberikan Leicester mencipta sejarah. Itulah tahun yang sepatutnya kita memenanginya." jelas Cech.

The Foxes menjuarai liga perdana pada musim 2015/16 dan Arsenal menamatkan saingan ditangga kedua liga dengan mengumpul 71 mata, perbezaan 10 mata.
"Tetapi satu perkara yang paling mengecewakan saya ialah saya datang ke Arsenal kerana mereka mahu melangkah lebih jauh dalam Liga Juara-Juara, dan saya tidak pernah bermain bagi saingan itu. Itulah satu perkara yang membuatkan saya begitu kecewa. Itulah yang saya harus katakan.

"Ini sebuah kelab yang hebat dengan orang-orang hebat, dengan segalanya dan sejarah serta kelas tersendiri, tetapi ini satu perkara: Saya datang ke sini untuk itu, kerana kelab itu tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara.

Cech memenangani kejuaraan UCL bersama Chelsea pada musim 2011–12.
"Saya fikir itu adalah salah satu sebab mengapa saya pergi ke sana (Arsenal), untuk membantu mereka memenangi gelaran Eropah itu. Ia akan menjadi sangat baik untuk meniru apa yang saya dapat lakukan bersama Chelsea. 

"Kelab tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara atau Liga Europa, dan kami sampai ke sana dan saya tidak pernah bermain. "

Cech memenangi kejuaraan liga sebanyak empat kali bersama Chelsea (2004–05, 2005–06, 2009–10, 2014–15)
Dan kini, Cech mempunyai peluang untuk menebus kehampaan beliau sekali gus memenuhi hasrat ketika menyertai Arsenal, iaitu membantu The Gunners memenangi kejuaraan di peringkat Eropah apabila bertemu bekas kelab lamanya, Chelsea dalam final Liga Europa.


Rekod pencapaian (kejuaraan) Cech bersama Chelsea:
  • Premier League: 2004–05, 2005–06, 2009–10, 2014–15
  • FA Cup: 2006–07, 2008–09,2009–10,2011–12
  • Football League Cup: 2004–05,2006–07, 2014–15; runner-up: 2007–08
  • FA Community Shield: 2005, 2009
  • UEFA Champions League: 2011–12; runner-up: 2007–08
  • UEFA Europa League: 2012–13

Post a Comment

Previous Post Next Post