Paulo Sousa berminat dapatkan Elneny, sifatkan ianya adalah penjimatan masa.

BEKAS pengurus Portugal 'menghargai' pemain tengah Arsenal, mengenalinya dengan baik, menandatanganinya akan 'menjimatkan masa'.



Dengan hanya tujuh penampilan liga termasuklah secara keseluruhannya musim ini dan pada usia 26 tahun, mungkin sudah tiba masanya untuk Mohamed Elneny mencari kelab baharu di mana beliau dapat bermain secara teratur dan lebih kerap.

Rekod penampilan Elneny musim ini (sebelum perlawanan kedua menentang Valencia)
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Premier League 7 - - 289'
Europa League - - - -
FA Cup - - - -
JUMLAH 7 - - 289'

Pemain antarabangsa Mesir yang telah ditandatangani dari Basel pada tahun 2016, gagal memikat dan meyakinkan pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dan kemunculan Matteo Guendouzi musim ini benar-benar tidak membantu perkembangan beliau di Emirates.

Mempunyai kontrak sehingga tahun 2022, musim panas ini mungkin menjadi masa yang ideal buat The Gunners untuk cuba mendapatkan kembali pelaburan yang digunakan bagi mendapatkan Elneny dengan dipercayai mereka telah mengeluarkan belanja sekitar £11 juta sebelum ini, lebih-lebih lagi kerana terdapat seorang pengurus di luar sana yang menyukai apa yang bakal ditawarkan itu (mendapatkan Elneny).

Menurut wartawan L'Equipe, Emery Taisne, yang membuat liputan bagi Bordeaux untuk akhbar Perancis, beliau mendakwa bahawa Paulo Sousa yang baru-baru ini dilantik menerajui pasukan Ligue 1 (pengendali baharu Bordeaux), sangat 'menghargai' pemain Mesir itu dan tidak keberatan untuk membawanya ke Perancis .

Sebelum ini, pengurus kelahiran Portugal itu telah memberitahu wartawan pada bulan Mac bahawa menandatangani pemain yang dikenalinya akan 'menjimatkan masa' kerana pemain-pemain tersebut tidak perlu mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan idea dan taktikal yang akan diterapkan beliau dan Elneny berada di dalam kategori tersebut.

Mereka berdua mengenali satu sama lain ketika Sousa mengendalikan Basel, di mana beliau berjaya membawa pasukan itu memenangi Liga Super pada musim 2014-15 bersama Elneny.

Post a Comment

Previous Post Next Post