"Saya tidak pernah menyalahkan beliau" - Diaby

ABOU DIABY tinggalkan peminat dengan air mata setelah penerangan mengenai kecederaan beliau.



"Saya tidak pernah menyalahkannya" - Diaby.

Diaby membuat penjelasan penuh emosi mengenai kariernya berubah dalam satu 'tackle' sahaja.

Pemain Perancis itu menghabiskan masa selama 10 musim bersama The Gunners, yang mana beliau menyertai pasukan Utara London pada tahun 2005 dari pasukan Ligue 1, Auxerre.

Tetapi pemain tengah ini hanya membuat 180 penampilan sahaja sepanjang kariernya bersama Arsenal.

2006–2015
KELAB PENAMPILAN JARINGAN BANTUAN GOL MINIT BERAKSI
Arsenal FC 180 19 16 11,650'

Ini disebabkan oleh kecederaan yang dialami beliau pada tahun 2006 di tangan pemain pertahanan Sunderland, Dan Smith.

Takle yang dilakukan Smith terhadap Diaby pada tahun 2006.
Disifatkan oleh media sebagai 'mengerikan', ianya menyaksikan Diaby hanya membuat 22 penampilan dalam empat musim terakhirnya yang mana ia boleh disifatkan sebagai penampilan begitu sedikit.

Video hadangan ataupun tackle yang dilakukan Smith terhadap Diaby.

Dalam pendedahan penuh emosi mengenai kecederaan yang dihadapi oleh bekas pemain Arsenal berusia 33 tahun itu,  beliau menjelaskan bahawa beliau tidak menyalahkan Smith yang menyebabkan kerier bolasepak beliau musnah.

Diaby membuat pengakuan tersebut setelah bekas rakan sepasukan beliau dahulu, Jeremy Aliadiere bertanyakan bagaimana beliau menangani dan bertindak balas mengenai kejadian itu.

"Saya tidak pernah menyalahkannya." - jelas Diaby

"Seperti yang anda ketahui, bolasepak kadang-kadang boleh menjadi ganas."

Bagaimanapun Diaby sukar untuk melupakan 'siapa' yang menyebabkan kecederaan 'ngeri' terhadap dirinya apabila mengatakan:

"Tetapi jika dia berjalan sekarang, saya tidak akan mengenali dia."

Selepas 13 tahun peristiwa hitam dialami Diaby, pendedahan penuh emosi yang dilakukan beliau benar-benar mengejutkan dimana beliau masih segar dengan peristiwa tersebut.

"Ia pasti mempunyai kesan yang besar terhadap kerjaya saya," kata bekas bintang The Gunners ini.

"Sebelum ini, saya tidak tahu kecederaan otot. Ia menyebabkan lebih banyak kecederaan selepas itu.

"Pada masa itu saya berusia 19 tahun, jadi saya fikir saya akan mendapat rawatan dan itu akan menyembuhkan saya.

"Tetapi apabila saya kembali ke lapangan, saya tahu sesuatu yang berbeza.

"Ketika saya berlari, saya kehilangan banyak fleksibiliti pada buku lali saya dan saya kurang pantas.

"Sesuatu telah berubah, jadi saya mula berfikir ia agak berbeza. "



Bekas pemain tengah Arsenal itu kemudian membuat penjelasan penuh emosi.

"Sebelum itu, saya tidak pernah tahu apa kecederaan otot.

"Apabila anda masih muda, anda bermimpi menjadi salah satu pemain terbaik. Anda bermain untuk pasukan yang hebat dan tiba-tiba ia menjadi sukar untuk dicapai.

"Ia memberi kesan kepada anda secara mental."

Rakaman video pendedahan Diaby telah dikongsikan oleh Arsenal di saluran rasmi YouTube kelab semalam, di mana ia telah ditonton melebihi 66,000 kali.



Dan penyokong setia The Gunners tidak mampu menahan air mata apabila menyaksikan pendedahan Diaby ini.

"Menonton ini sangat menyakitkan," kata seorang penyokong.

Seorang lagi mengulas; "Sentiasa berasa sangat kesian untuk Diaby. Beliau tidak pernah mempunyai peluang untuk menunjukkan potensi penuhnya. "

Sementara komen yang ketiga pula jelas tidak dapat mengawal emosi mereka.

"Saya menangis," kata mereka.

Anda boleh membaca komen-komen tersebut pada laman You Tube seperti disertakan diatas.


Rekod penampilan Diaby mengikut musim ketika mewakili Arsenal.
Musim Penampilan Jaringan
2005–06 16 1
2006–07 18 1
2007–08 28 4
2008–09 36 4
2009–10 40 7
2010–11 20 2
2011–12 5 0
2012–13 15 0
2013–14 1 0
2014–15 1 0
JUMLAH 180 19

Post a Comment

Previous Post Next Post