Xhaka dilihat sebagai penyelesaian yang berpotensi buat Inter Milan.

SEKITAR bulan lalu, kami membincangkan cerita dari Itali yang mendakwa bahawa Inter Milan telah memberi perhatian terhadap pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka.



Pemain antarabangsa Switzerland itu mengharungi separuh kedua musim dalam situasi rumit dimana prestasi beliau dipenuhi dengan turun naik, namun pemain berusia 26 tahun itu tetap penting dalam rancangan Unai Emery.

Dan Xhaka dijangka akan diturunkan dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang Chelsea dalam beberapa minggu lagi.

Corriere dello Sport pada laporan yang diterbitkan mereka semalam, mendedahkan rancangan Inter untuk Antonio Conte, termasuklah Romelu Lukaku dan pemain Manchester City, Danilo, sebelum menyebut Xhaka pada para terakhir laporan mereka.


Akhbar Itali itu mengesahkan laporan sebelumnya, dimana pasukan Serie A itu telah meletakkan pemain tengah Arsenal dalam senarai sasaran pemain pada musim panas dan menjadikan Xhaka salah satu keutamaan mereka.

Mereka menjelaskan bahawa individu di kelab itu (Inter Milan) sangat berminat dan menyukai profil yang dimiliki Xhaka dan merujuk kepadanya sebagai penyelesaian yang berpotensi untuk bahagian tengah mereka yang mampu membantu jentera serangan.

Tanpa membuat terlalu banyak kesimpulan daripada laporan kecil Corriere, anggapan kami adalah, apa-apa langkah untuk mendapatkan Xhaka akan menjadi rumit untuk Inter.

Ini kerana mereka mungkin terpaksa melupakan mengenai Xhaka sehingga mereka terlebih dahulu berjaya menyelesaikan perkara-perkara yang lebih mendesak, terutamanya pada bahagian serangan meraka.

Post a Comment

Previous Post Next Post