Harga yang perlu dibayar Arsenal ataupun Man.United kepada Crystal Palace buat Zaha.

CRYSTAL PALACE telah menetapkan harga untuk Arsenal dan Manchester United sekiranya berminat untuk menandatangani Wilfried Zaha.



WOW! 🤯 🤯 🤯

The Eagles dilaporkan telah menetapkan sebanyak £ 100 juta jika mereka terpaksa menjual Wilfried Zaha musim panas ini, menurut laporan.

Pemain antarabangsa Ivory Coast, Zaha menikmati musim yang produktif bersama Crystal Palace, menjaringkan sepuluh gol dan membuat lima bantuan gol untuk membantu Eagles menamatkan saingan liga di tangga ke-12.

Zaha meninggalkan Selhurst Park enam tahun lalu untuk menyertai Manchester United tetapi kembali ke bersama kelab itu pada tahun 2015 berikutan gagal beraksi cemerlang dan menyesuaikan diri di Old Trafford. 

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan pemain kesukaan peminat dan penyokong Crystal Palace, namun dilaporkan telah memberitahu kelab selatan London itu bahawa beliau mahu berpindah ke kelab Liga Juara-Juara musim depan.

Crystal Palace bagaimanpun enggan kehilangan pemain bintang mereka itu dengan mudah.

Dan menurut The Telegraph, mereka mendakwa bahawa The Eagles mahukan £ 100 juta di atas meja sebelum kelab itu mempertimbangkan urusan penjualan pemain itu. 

Manchester United dan Arsenal, sama-sama menyatakan minat untuk menandatangani Zaha tetapi dengan syarat yang dikemukan oleh Palace itu, amat sukar buat kedua-dua kelab itu untuk memenuhi syarat tersebut.

Ia juga mendakwa bahawa Zaha turut sedia mempertimbangkan untuk menyertai kelab Eropah lain sekira peluang dan tawaran yang tepat muncul. 

Borussia Dortmund dikatakan berminat untuk mendapatkan Zaha dan melihatnya sebagai pengganti kepada Jadon Sancho, yang telah dikaitkan dengan beberapa pasukan elit.

Kontrak Zaha bersama Crystal Palace bakal berakhir pada Jun 2023 dan nilai pasaran semasa beliau adalah sekitar £30- 35 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post