Bekas penyerang Arsenal, Jose Antonio Reyes meninggal dunia dalam kemalangan kereta.

BEKAS penyerang Arsenal, Jose Antonio Reyes meninggal dunia dalam kemalangan kereta, berita disahkan.


Pemain berusia 35 tahun itu, yang bermain untuk kelab La Liga 2, Extremadura, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya malam tadi (waktu tempatan dan disahkan meninggal dunia pagi ini).

Bekas kelab beliau, Sevilla melalui laman twitter mengesahkan perkara tersebut : "Kami tidak dapat mengesahkan berita yang lebih teruk. Bintang Sevilla yang dikasihi José Antonio Reyes telah meninggal dunia ekoran kemalangan jalan raya.


Reyes merupakan pemain termuda dalam sejarah Sevilla untuk membuat penampilan sulungnya, apabila beliau berjaya membuat penampilan pertamanya untuk kelab itu pada usia 16 tahun.

Beliau kemudiannya menyertai Arsenal pada Januari 2004 dan terus memenangi kejuaraaan Liga Perdana Inggeris apabila menjadi sebahagian daripada skuad tidak terkalah Arsenal- Invincible pada musim tersebut.

Dipinjamkan kepada Real Madrid pada musim terakhir bersama The Gunners dan menyertai Atletico Madrid sebelum kembali ke Sevilla dan beberapa kelab lain termasuklah kelab China, Xinjiang Tianshan Leopard pada 2018, beliau beraksi bersama kelab Division Dua Liga Sepanyol pada tahun ini (2019).

Namun jodoh beliau bersama kelab itu tidak lama apabila meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya malam tadi.

Rekod Mewakili Pasukan
Musim Pasukan Penampilan Jaringan
1999–2001 Sevilla B 32 1
2000–2004 Sevilla 86 21
2004–2007 Arsenal 69 16
2006–2007 → Real Madrid (loan) 30 6
2007–2011 Atlético Madrid 103 8
2008–2009 → Benfica (loan) 26 4
2012–2016 Sevilla 109 9
2016–2017 Espanyol 21 3
2018 Córdoba 17 1
2018 Xinjiang Tianshan Leopard 14 4
2019 Extremadura 7 0
JUMLAH 514 73

Bekas kelab beliau yang lain, Espanyol dan juga Arsenal turut memberi penghormatan kepada mendiang bersama penyokong dan peminat beliau.
"Dari RCD Espanyol kami ingin mengucapkan takziah dan semua sokongan kami kepada keluarga dan kepada mereka di Sevilla."

"Semua orang di Arsenal dikejutkan dengan berita yang menyedihkan bahawa bekas pemain kami Jose Antonio Reyes telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol."

Reyes vs Chelsea (2 gol)

Post a Comment

Previous Post Next Post