Benarkah laporan sebelum ini mengatakan Emery sudah menemui posisi terbaik Ozil?

MASA DEPAN Mesut Ozil terus diperkatakan setelah berakhirnya perlawanan akhir Liga Europa.



Kekalahan 4-1 Arsenal kepada musuh setempat London, Chelsea meranapkan impian pasukan dan peminat serta penyokong untuk melihat The Gunners beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Dan kekalahan itu juga turut mencetuskan perdebatan mengenai masa depan Ozil.

Pemain itu dilihat bagaikan tidak menyumbang kepada pasukan walaupun beraksi cemerlang pada separuh masa pertama perlawanan.

Masuk ke babak kedua perlawanan, tindakan beliau yang terlalu 'santai' ketika mahu meninggalkan padang menambahkan lagi kemarahan penyokong terhadap beliau.

GAGAL atau JUAL

Ozil ketika ini, selain menerima kecaman dan kritikan hebat, khidmat beliau pada musim depan juga menjadi tanda tanya dengan kebanyakkan pemerhati dan penyokong mahukan pemain itu dilepaskan Arsenal.

Selain dikatakan beliau gagal dalam mempamerkan kehebatan, beliau juga turut dikaitkan dengan posisi serta peranan yang dimainkan di bawah taktikal dan teknikal Emery.

Seandainya Emery gagal menggunakan kelebihan yang ada pada Ozil, dan begitu juga Ozil gagal untuk menerima corak taktikal dan teknikal pengendali itu, tiada jalan lain yang mampu diselesaikan melainkan melepaskan pemain itu (takkan nak buang Emery pulak).



ANTARA UNAI dan OZIL 

Perkembangan ini turut mencetuskan perdebatan dikalangan peminat dan penyokong The Gunners.

Adakah Ozil gagal bermain dibawah Emery yang gemarkan pemain bermula dari bawah dan memaksa beliau untuk turun mendapatkan bola sebelum melakukan serangan?

Bagi penulis, taktikal Emery tidak sesuai dengan kelebihan dan bakat yang ada pada Ozil.

Pun begitu, ego pemain dan pengendali pasukan juga tidak harus diketepikan.

Emery sudah tentu mahukan pemain-pemain beliau mengikuti setiap arahan dan taktikal beliau.

Dan sekiranya pemain itu gagal bermain dibawah arahan dan taktikal serta teknikal beliau, buat apa untuk menyimpan lagi pemain tersebut.

Lepaskan dan jual sahaja.

Menjadi persoalan sekali lagi mengenai penjualan Ozil.

Gaji yang tinggi bagaikan menghalang Emery untuk menjual pemain itu, dan tiada jalan lain sekiranya gagal melepaskan Ozil, adalah menggunakan ataupun membentuk pemain itu memenuhi kehendak beliau.



LAPORAN

April lalu, menurut Metro, Emery dikatakan berjaya menemui kedudukan terbaik buat Mesut Ozil didalam pasukan beliau.

Pendedahan itu dibuat selepas beliau dikatakan bakal menurunkan Ozil buat kali pertama ditempat lawan selepas Boxing Day.

"Kadang-kala kerana kita memerlukan sesuatu yang berbeza. " jelas Emery sebagaimana dipetik daripada Metro.

"Kadang-kala kerana dia cedera (tidak disenaraikan). Dia bermain kerana kita memerlukannya dan sekarang ia sama.

"Dia baik sahaja, dia menyertai latihan setiap hari, dia boleh bermain dalam dua sistem yang berbeza, 4-2-3-1 yang mungkin kedudukan terbaiknya, atau 4-3-1-2 dan dia bermain seperti pemain pasukan.

"Dalam sistem yang berbeza, saya fikir kita boleh menggunakannya. Kita boleh menggunakannya juga di sebelah kanan atau kiri.

"Perkara yang paling penting adalah bersedia untuk membantu kita, dan dia sekarang adalah dalam kedudukan ini." 

FINAL EUROPA
Pada perlawanan akhir Liga Europa, Emery telah menggunakan formasi asas 3-4-1-2 dan Ozil diletakkan pada posisi AMC dibawah Auba dan Laca.

Namun secara keseluruhannya, Ozil dilihat lebih beraksi pada bahagian sayap - kiri dan kanan.

Heatmaps Ozil pada perlawanan Akhir Liga Europa 2019.
Serta mengikut WhoScored, rating pemain Arsenal menunjukkan Ozil bukanlah yang paling teruk.

Dan adakah benar Emery telah menemui posisi terbaik buat Ozil?


Post a Comment

Previous Post Next Post