Kisah Jose Antonio Reyes yang dikatakan bakal kembali ke Emirates bergandingan bersama Emery.

SEMALAM kita semua dikejutkan dengan berita sedih apabila bekas pemain Arsenal, Jose Antonio Reyes meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.



Reyes ditandatangani Arsenal dari Sevilla pada tahun 2004 dengan nilai perpindahan dipercayai sekitar £10.5 juta dan mampu meningkat kepada £17 juta, bergantung kepada kejayaan beliau bersama The Gunners.

Jose Antonio Reyes sertai Arsenal dari Sevilla tahun 2004
Namun, masa beliau bersama Arsenal dipenuhi dengan liku berduri apabila didakwa dipaksa menjalani perpindahan pinjaman ke gergasi Sepanyol, Real Madrid pada 2006, walaupun beliau menyinar bersama The Gunners.

Tindakan media Sepanyol yang bersungguh-sungguh dan begitu kuat melaporkan berita perpindahan pemain ini bersama seorang lagi pemain Arsenal kelahiran Sepanyol, Cesc Fabregas benar-benar menguji kesabaran Arsene Wenger.

Ini berikutan kenyataan calon Presiden kelab Real Madrid pada ketika itu, Arturo Baldasano yang membuat kenyataan dimana beliau akan membawa masuk kedua-dua pemain Sepanyol itu ke Santiago Bernabeu sekiranya terpilih jawatan tersebut.

Bosan dengan sikap media dan ejen kepada pemain tersebut yang mengganggu fokus pemain dan juga Arsenal, kedua-dua pasukan (Arsenal dan Real Madrid) akhirnya bersetuju disaat akhir penutupan jendela perpindahan musim panas tahun 2006 untuk melakukan perpindahan dan pertukaran pemain.

Tindakan tersebut dibuat selepas Reyes meluahkan keengganan beliau untuk beraksi bersama Arsenal dalam saingan kelayakkan Liga Juara-Juara menentang NK Dinamo Zagreb pada bulan Ogos tahun 2006 bagi menggelakkan beliau dikenakan 'cup-tied', sekaligus bakal meranapkan impian beliau menyertai kelab Sepanyol itu.

Jose Antonio Reyes has admitted he does not want to play in Arsenal's UEFA Champions League qualifying clash with Dinamo Zagreb as it could jeopardise a possible move to Real Madrid. - Sky Sports.

Hasil daripada pertukaran pemain secara pinjaman itu yang menyaksikan Reyes berpindah ke kampung halamannya (Sepanyol), Arsenal menerima pemain Real Madrid,  Julio Baptista, juga secara pinjaman untuk tempoh semusim.

Baptista, pemain Brazil dibawa masuk secara pinjaman setelah Arsenal bersetuju menjalani pertukaran pemain bersama Real Madrid dengan meminjamkan Reyes untuk tempoh semusim.
Namun beliau gagal memikat pihak pengurusan Real Madrid apabila hanya beraksi semusim sahaja bersama kelab tersebut dan kemudiannya berpindah ke Atletico Madrid musim berikutnya.



Sekali lagi beliau gagal untuk bertahan lama apabila dipinjamkan kepada Benfica tahun berikutnya (2008).

Tahun 2012 menyaksikan beliau kembali ke pangkuan kelab asalnya iaitu  Sevilla dan disitu beliau beraksi untuk tempoh empat musim setengah, dari 2012 sehingga 2016.

Musim kedua beliau bersama Sevilla (2012-13), beliau mula berkenalan dengan pengendali Arsenal ketika ini, Unai Emery yang menjadi Ketua Jurulatih Sevilla pada 14 Januari 2013.

Tempoh dua musim setengah, Unai Emery dan Reyes membuatkan mereka cukup mengenali antara satu sama lain, namun penghijarahan Emery ke PSG dan Reyes ke Espanyol  pada musim panas 2016 tidak menghalang mereka daripada 'terputus hubungan'.

Pada Disember 2018, Unai Emery dikatakan mahu membawa Antonio Reyes menyertai beliau di Emirates.


Namun ianya bukanlah sebagai pemain, Reyes dikehendaki Emery bersama beliau selaku salah seorang jurulatih pasukan The Gunners.

Arsenal boss Unai Emery 'signs' Jose Antonio Reyes: Ex-Gunners ace set to coach. - Express.


Menurut laporan media Sepanyol, Estadio Deportivo mendakwa bahawa perbincangan mengenai perkara tersebut telah pun dilakukan dan Reyes juga dilihat berada di Emirates serta telah 'menandatangani' perjanjian tersebut,

Namun terdapat satu masalah dalam menrealisasikan perkara tersebut dimana Reyes belum lagi bersara daripada menjadi pemain bolasepak dan bermain untuk kelab China, Xinjiang Tiansha.

Dan jika dihitung dari tarikh laporan itu dikeluarkan (Disember 2018), dipercayai bahawa Reyes kemungkinan menyertai Arsenal pada musim depan setelah berakhirnya kontrak beliau bersama Extremadura yang disertainya pada Januari 2019 untuk tempoh lima bulan.

Kini, dengan Reyes telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, berita tersebut menjadi kenangan dan tidak perlu dipersoalkan kesahihannya.


Arsenal boss Unai Emery has reportedly moved to secure a reunion with former Gunners player Jose Antonio Reyes.

The 35-year-old was at the North London outfit between 2004, scoring 23 goals from 110 appearances and playing his part in the club's 'Invincibles' team.

Reyes currently represents Chinese side Xinjiang Tianshan Leopard, but according to Estadio Deportivo, the forward is ready to end his playing career in order to join Emery's coaching staff.

The pair are no strangers to each other, with Reyes having worked under Emery during their time at Sevilla where they won three Europa League titles between 2014 and 2016.

The report suggests that Reyes will work for the technical setup of Arsenal's coaching team.


Post a Comment

Previous Post Next Post