Sevilla berdepan tugas sukar untuk mendapatkan pemain tengah Eibar dengan minat ditunjukkan dari London.

SEVILLA terpaksa bersaing dengan dua kelab London dalam usaha mereka mendapatkan pemain tengah SD Eibar, Joan Jordan.



Pemain tengah kelahiran Sepanyol berusia 24 tahun, menyertai kelab Eibar pada tahun 2017 daripada Espanyol dan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab itu.

Beliau berjaya menjaringkan enam gol dan empat bantuan gol pada musim pertama bersama kelab tersebut.

Dan setakat ini, beliau telah berjaya menjaringkan 10 gol dan mencipta lapan bantuan gol sepanjang karier beliau bersama Eibar (75 penampilan) untuk tempoh dua musim, setakat ini.

Salah satu faktor mengapa pemain ini dikatakan menjadi pilihan Emery adalah kerana kebolehan beliau untuk beraksi pada pelbagai posisi.

Jordan mampu beraksi dalam mana-mana posisi tengah dan sayap, baik bertahan mahupun mneyerang.

Dan ini sudah tentu memberi kelebihan kerana dana terhad dimiliki Emery musim depan (jendela perpindahan musim panas ini).

Rekod penampilan Jordan bersama Eibar (2017/18-2018/19)
Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Central Midfield 55 6 5
Attacking Midfield 14 2 2
Right Winger 2 - -
Defensive Midfield 2 2 -
Left Midfield 1 - -
Right Midfield 1 - 1
JUMLAH 75 10 8

Dengan Sevilla dikatakan mensasarkan Jordan pada musim panas, dua kelab London iaitu Arsenal dan West Ham turut dilaporkan berhajat mendapatkan pemain tersebut pada jendela perpindahan kali ini, sekali gus menyukarkan usaha kelab Sepanyol itu menurut laporan.

Akhbar Diário de Sevilla, membawa berita terkini dengan mengatakan kelab La Liga itu bakal menghadapi halangan terbesar untuk mengekalkan pemain itu dari berpindah ke London.

Menurut mereka, West Ham United baru-baru ini telah dikaitkan dengan pemain itu selain menambah dakwaan daripada akhbar berbahasa Inggeris yang turut mengatakan bahawa Arsenal juga berminat mendapatkan Jordan.



Dakwaan mereka itu sebenarnya bermula di Sepanyol dengan Diário de Sevilla menjelaskan bahawa tawaran Arsenal akan lebih 'menggoda', bukan sahaja dari segi gaji mahupun tawaran pembelian, tetapi juga kerana status kelab yang dilihat sebagai pasukan 'besar' di Eropah.

Petikan laporan Diário de Sevilla
Walau bagaimanapun, laporan tersebut tidak mengambil kisah The Sun 100% dan berdasarkan perkembangan semasa, ianya kelihatan seperti West Ham merupakan pihak yang berminat ketika ini untuk mendapatkan Jordan.

Manakala Sevilla pula, bergantung kepada Mochi yang baru menyertai mereka, sama ada beliau mempunyai 'aura' ataupun kuasa 'memujuk' untuk menyakinkan pemain itu di La Liga.

Tetapi pasukan Liga Perdana Inggeris lebih 'berkuasa' dalam faktor kewangan dan mungkin Eibar lebih cenderung ataupun mempertimbangkan untuk melepaskan pemain mereka itu ke London, sama ada Arsenal ataupun West Ham.

Pun begitu, Arsenal ketika ini (setakat ini) dikatakan hanya dibekalkan £40 juta sahaja bagi urusan pembelian pemain baru, manakala West Ham pula dilaporkan menerima hampir  £70 juta buat Manuel Pellegrini berbelanja bagi mengukuhkan pasukan mereka.

Joan Jordan ketika ini dianggarkan bernilai kira-kira £8 juta sahaja dalam pasaran perpindahan semasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post