Kylian Mbappe buatkan penyokong Liverpool tidak senang duduk.

BINTANG muda Perancis yang pernah dikaitkan dengan Arsenal, Kylian Mbappe membuat pengakuan dimana beliau memilih pasukan Liverpool.

Jelas pengakuan beliau itu membuatkan penyokong Reds tidak tenteram apabila mengakui, 
Li­verpool akan menjadi pilihannya jika disuruh memilih pasukan dalam permainan video popular, FIFA.

Ketika ditemu bual oleh ESPN, pengacara program Ahora o Nunca, Herculez Gomez bertaruh dengan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu untuk berlawan dengannya dalam permainan video FIFA.

“Kita main satu perlawanan dan bertaruh, pasukan mana anda mahu pilih?,” soal Gomez.

Mbappe, 20 tahun, menghela nafas sebelum membalas: “Saya pilih Liverpool kerana mereka memenangi Liga Juara-Juara”.

“Oh, kamu suka Jurgen Klopp? Apakah kamu rasa dia jurulatih yang bagus?,” soal Gomez lagi.

“Sudah tentu, dia memang bagus,” jawab Mbappe.

Sejak beberapa minggu lalu, Mbappe telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai Li­verpool apabila pemain itu dilihat sering menghambur pujian terhadap kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Selain itu juga, tindakan beliau yang mengikuti Fabinho, Mohamed Salah dan Steven Gerrard dalam media sosial turut mencetuskan spekulasi.

Dengan pengakuan beliau yang sekali lagi menyebut 'Liverpool', walaupun untuk permainan video, namun ianya bagaikan menghangatkan ataupun memanaskan lagi khabar angin yang mengaitkan perpindahan beliau ke Liverpool.

Bagaimanapun, PSG beberapa kali menegaskan bahawa Mbappe bukanlah untuk dijual dan mereka tidak akan melepaskan pemain tersebut biarpun terdapat minat daripada Barcelona untuk mendapatkannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post