Prestasi dan rekod penampilan pemain yang dipinjamkan Arsenal musim 2018/19

REKOD penampilan dan prestasi pemain yang dipinjamkan Arsenal musim lalu, 2018/19.



Ia bukannya tentera Chelsea yang kuat yang meminjamkan seramai 41 pemain, tetapi Arsenal mempunyai beberapa bakat yang menyerlah di tempat lain musim lalu (2018/19), dengan sembilan pemain dihantar secara pinjaman ke kelab lain, dalam dua jendela perpindahan - musim panas dan musim sejuk.

Tiga penjaga gol, seorang pertahanan, empat pemain tengah dan seorang penyerang telah dipinjamkan Arsenal musim ini ke beberapa kelab Eropah termasuklah kelab Inggeris.

Berikut adalah senarai dan rekod penampilan mereka:

Bil. Tarikh Mula Posisi Pemain Ke Tempoh Berakhir
1. 1 Julai 2018 FW Takuma Asano Hannover 96 Akhir Musim
2. 19 Julai 2018 MF Kelechi Nwakali Porto
3. 30 Julai 2018 GK Matt Macey Plymouth Argyle
4. 7 Ogos 2018 DF Calum Chambers Fulham
5. 16 Ogos 2018 MF Krystian Bielik Charlton Athletic
6. 17 Ogos 2018 GK David Ospina Napoli
7. 31 Ogos 2018 MF Reiss Nelson Hoffenheim
8. 23 Januari 2019 GK Emiliano Martínez Reading
9. 31 Januari 2019 MF Emile Smith Rowe RB Leipzig


1. Penjaga Gol Akademi Arsenal - Matt Macey, 24 tahun.
Saingan Penampilan Bolos Clean Sheet Minit Beraksi
League One 34 65 3 2,953'
FA Cup 2 2 1 180'
EFL Cup 2 3 1 180'
EFL Trophy - - - -
JUMLAH 38 70 5 3,313'

Walaupun telah berusaha memberikan yang terbaik namun Matt Macey yang beraksi bersama Plymouth Argyle gagal membantu kelab itu daripada tersingkir daripada saingan Liga Satu. 

Penjaga gol berusia 24 tahun berjaya menampilkan persembahan yang memberangsangkan namun masih belum memadai untuk mengekalkan kelab itu berada disaingan Liga Satu dan kelab tersebut diturunkan ke Liga Dua musim depan.


Macey membuat 38 penampilan dalam kesemua pertandingan.



2. Penjaga Gol Skuad Utama Arsenal - David Ospina, 30 tahun.
Saingan Penampilan Bolos Clean Sheet Minit Beraksi
Serie A 17 15 4 1,457'
Champions League 6 5 2 540
Coppa Italia 1 - 1 90
Europa League - - - -
JUMLAH 24 25 8 2,087'

David Ospina menyertai Napoli untuk tempoh pinjaman satu musim penuh bermula pada bulan Ogos 2018 dan beliau telah membuat 24 penampilan untuk pasukan Serie A itu dalam kesemua kejoahanan musim ini.

Beliau telah merekodkan lapan perlawanan tanpa dibolosi - clean sheets, termasuk dua dalam saingan Liga Juara-Juara ketika menentang Red Star Belgrade dan Liverpool.

Selain itu, beliau juga merekodkan satu clean sheet dalam saingan Coppa Italia.

3. Penjaga Gol Skuad Utama Arsenal - Emiliano Martínez, 26 tahun.
Saingan Penampilan Bolos Clean Sheet Minit Beraksi
Championship 18 23 5 1,620'
Europa League 1 - 1 90'
Premier League 2 1 1 - 90'
Premier League - - - -
JUMLAH 20 24 6 1,800'

Walaupun Emiliano Martinez hanya menyertai Reading secara pinjaman pada akhir Januari, namun itu tidak menghalangnya menjadi pemain kegemaran peminat kelab itu.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan pada debutnya menentang Bolton, sebelum mengekalkan rekod bersih ketika bertemu Aston Villa dan Sheffield Wednesday.



Beliau menamatkan aksi secara pinjaman bersama kelab itu dengan 18 penampilan dengan lima rekod tanpa bolos.

Dengan aksi cemerlang dan beberapa persembahan individu yang menarik, beliau berjaya menawan hati peminat Reading.


4. Pertahanan skuad utama Arsenal - Calum Chambers, 24 tahun.
Saingan Penampilan Jaringan Minit Beraksi
Premier League 31 2 2.586'
FA Cup 1 - 90
EFL Cup 1 - 90
JUMLAH 33 2 2.766'
Walaupun gagal membantu Fulham daripada tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris musim depan, namun aksi Calum Chambers begitu cemerlang bersama pasukan itu, disebalik prestasi pasukan yang mengewakan.

Pemain berusia 24 tahun itu sering bermain pada posisi pertahanan tengah dan pertahanan kanan ketika di bawah Arsene Wenger, tetapi disebabkan kemampuan teknikalnya, beliau dilihat sebagai pesaing untuk bermain pada posisi tengah.

Itu terbukti dalam kesungguhan beliau ketika bersama Fulham dimana beliau telah membuat 21 penampilan sebagai pemain tengah bertahan untuk Cottagers, lapan kali sebagai bek tengah dan sekali pada posisi pertahanan kanan.

Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Defensive Midfield 21 2 -
Centre-Back 8 - -
Right Midfield 1 - -



Kemuncak musimnya kali ini tidak dapat dinafikan lagi dengan jaringan menakjubkan dihasilkan beliau ketika menentang Brighton & Hove Albion, voli menarik untuk gol menarik.

5. Pemain tengah skuad akademi Arsenal - Krystian Bielik, 
Krystian Bielik telah menikmati musim yang cemerlang bersama Charlton Athletic dan boleh dikatakan sangat menakjubkan selain berjaya membantu pasukan tersebut dalam play-off Championship.

Pemain berusia 21 tahun itu menjadi pemain utama bagi pasukan Addicks musim ini, beraksi pada posisi ataupun bahagian tengah dan beliau juga terlibat dalam aksi melancarkan serangan serta menyerang selain melakukan pintasan yang banyak membantu pasukan dan mengatasi pihak lawan dengan hadangan yang cukup cemerlang.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
League One Play-Offs 3 1 - 290'
League One 31 3 2 2,525'
JUMLAH 34 4 2 2,815'

Persembahan mantap Bielik menyebabkan beliau mampu membuat 31 penampilan Liga Satu, menjaringkan tiga gol dan membantu dua kali (assists) untuk membantu pasukan itu menduduki tempat ketiga liga.

Rekod posisi dimainkan bersama Charlton.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Defensive Midfield 25 3 2
Centre-Back 8 1 -




Beliau juga menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan separuh akhir ketika mereka menentang Doncaster Rovers selain bertindak dalam menghasilkan gol pada perlawanan akhir menentang Sunderland di Wembley.

6. Pemain tengah skuad akademi Arsenal - Kelechi Nwakali, 20 tahun.
Pemain berusia 20 tahun itu dihantar ke Porto pada musim panas tetapi mendapati peluangnya sangat terhad dalam persaingan di Portugal dan terpaksa bermain bersama pasukan B mereka.

Keadaan beliau menjadi lebih buruk pada bulan Mac 2019 apabila isu visa menyebabkan beliau terkandas di negara asalnya (Nigeria) selepas beliau kembali untuk sukan Olimpik 2020.

Setelah memenangi Golden Boot Piala Dunia Bawah-17 pada tahun 2015, ini merupakan tahun yang paling mengecewakan untuk Nwakali.

Saingan Penampilan Bantuan Gol Minit Beraksi
Ledman Liga Pro 15 - 852
JUMLAH 15 - 852



7. Pemain tengah dan sayap Arsenal - Reiss Nelson, 19 tahun.
Reiss Nelson menyertai Hoffenheim dalam perjanjian pinjaman jangka panjang pada bulan Ogos 2018 dan beliau nyata tidak terkesan dengan tindakan tersebut, malahan gembira dengan penampilannya di Jerman.

Pemain sayap berusia 19 tahun itu bermula dengan aksi cemerlang, menjaringkan enam gol dan satu bantuan gol dihasilkan dalam enam penampilan pertamanya, melayakkan beliau dinamakan sebagai Bundesliga Rookie Bulanan untuk bulan Oktober.

Semenjak itu, Nelson terus memaparkan aksi cemerlang untuk pasukan Julian Nagelsmann, pun begitu penampilan beliau sering terhad sebagai pemain gantian kerana beberapa kecederaan.

Rekod di Bundesliga
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Bundesliga 23 7 1 628'
Champions League 5 - - 112'
DFB-Pokal 1 - - 33'
JUMLAH 29 7 1 773'

Nelson mengakhiri musim lalu dengan dengan membuat 23 penampilan Bundesliga dan bermain lima kali dalam saingan Liga Juara-Juara.

Beliau juga dicalonkan untuk Rookie of the Year.


8. Pemain tengah dan sayap Arsenal - Emile Smith Rowe, 19 tahun.

Walaupun menghabiskan lebih empat bulan secara pinjaman di RB Leipzig, penampilan Emile Smith Rowe hanya terhad kepada tiga penampilan Bundesliga sahaja.

Pemain berusia 18 tahun itu dikatakan amat kagum dengan pengurus pasukan, Ralf Rangnick yang memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dan keupayaan semula jadi, tetapi akibat kecederaan, beliau hanya mampu beraksi  bermula pada 13 April untuk membuat debutnya yang lama dinantikannya.

Beliau kemudian bermain dalam perlawanan yang berkesudahn seri 0-0 menentang Bayern Munich dan kekalahan 2-1 kepada Werder Bremen pada hari terakhir musim ini.

Emile Smith Rowe membuat penampilan secara keseluruhan selama 26 minit sahaja bagi tiga aksi yang dimainkan itu.

9. Pemain penyerang Arsenal - Takuma Asano, 24 tahun.

Takuma Asano mengalami musim 2018/19 yang sukar bersama Hannover 96, yang diturunkan ke Bundesliga 2.

Penyerang berusia 24 tahun itu membuat 13 penampilan sepanjang musim ini dan lebih malang lagi beliau gagal menjaringkan satu gol pun serta gagal menghasilkan sebarang bantuan gol juga.
Posisi Penampilan Jaringan
Second Striker 6 -
Attacking Midfield 5 -
Centre-Forward 2 -
Tiada apa yang boleh diceritakan mengenai pemain kelahiran Jepun ini yang bakal menamatkan kontrak bersama Arsenal pada 30 Jun 2020.



Sumber : Arsenal dan lain-lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post