Ozil tiada ciri-ciri kepimpinan dalam dirinya dan perlukan pemain yang lebih berkualiti disampingnya

BEKAS pemain Arsenal, Cesc Fabregas mendedahkan punca perancang berbisa Arsenal, Mesut Ozil gagal untuk memimpin permainan adalah kerana kekurangan 'Ronaldo' disampingnya.


Tidak dapat dinafikan bahawa Ozil merupakan salah seorang pemain No.10 yang berbakat dan mempunyai vision terbaik didunia.

Ketika beliau bersama Real Madrid, beliau secara purata telah menghasilkan 0.5 bantuan gol untuk setiap perlawanan ataupun 142.3 minit bantuan gol dihasilkan bagi setiap minit penampilan beliau sepanjang bersama kelab tersebut.

Namun bersama Arsenal, rekod yang dihasilkan beliau semakin menurun apabila hanya berjaya mencatatkan 0.32 bantuan gol untuk setiap perlawanan (secara purata), 256.9 minit secara keseluruhan masa penampilan bersama Arsenal.

Rekod penampilan dan jaringan serta bantuan gol Ozil bersama Arsenal dan Real Madrid.
Kelab Jumlah musim Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Arsenal FC 6 musim 231 43 74 19,003'
Real Madrid 3 musim 159 27 80 11,380'

Rekod penampilan Ozil bersama Real Madrid.
Real Madrid Penampilan Jaringan Bantuan Gol Catatan
2010–11 53 10 29 -
2011–12 52 7 28 -
2012–13 52 10 24 -
2013–14 2 0 0 Berpindah ke Emirates



Rekod penampilan Ozil bersama Arsenal
Arsenal Penampilan Jaringan Bantuan Gol
2013–14 40 7 14
2014-15 32 5 9
2015-16 45 8 20
2016-17 44 12 14
2017-18 35 5 14
2018-19 34 6 3

Jelas perbezaan ketara jika dibandingkan prestasi Ozil ketika beliau berada di Santiago Bernabeu dengan Emirates.

Persoalan kenapa begitu? Kenapa Ozil di Real sangat bagus dan kenapa dalam tiga musim bersama Arsenal (2015-16,2016-17 dan 2017-18) beliau boleh dikatakan efisen di Emirates?

PARTNER dan PENYUMBANG TERBESAR

Ketika berada di Real Madrid, Ozil merupakan pemain kedua terbanyak selepas Karim Benzema yang menghasilkan bantuan gol kepada Ronaldo secara keseluruhannya.

Dan jika dibandingkan selama tiga musim diantara Ozil berada bersama Real dengan Benzema, jelas Ozil lebih banyak menghasilkan rekod bantuan gol.

*Untuk rekod, Benzema menyertai Real Madrid semenjak musim 2009-10, begitu juga Ronaldo yang berpindah menyertai mereka daripada Manchester United pada musim tersebut.

Rekod penampilan dan jaringan serta bantuan gol Benzema untuk musim yang sama dengan Ozil ketika bersama Real Madrid.
Real Madrid Penampilan Jaringan Bantuan
2010–11 48 26 9
2011–12 52 32 19
2012–13 50 20 21

Namun itu cerita lama, namun ianya juga menjelaskan mengapa Ozil berbisa bersama mereka.


Senarai pemain terbanyak menghasilkan bantuan gol untuk Ronaldo.
# Name Club Assists provided
1 Karim Benzema Real Madrid 31
2 Mesut Ozil Real Madrid 27
3 Angel di Maria Real Madird 22
4 Gareth Bale Real Madrid 20
5 Ryan Giggs Manchester United 16
6 Gonzalo Higuain Real Madrid 15
7 Wayne Rooney Manchester United 10
8 Xabi Alonso Real Madrid 9
Marcelo Real Madrid 9
Kaka Real Madrid 9
Sergio Ramos Real Madrid 9
Nani Manchester United 9
13 Isco Real Madrid 8
14 Luka Modric Real Madrid 7

Sebelum Arsenal menandatangani Mesut Ozil enam tahun lalu, tiada siapa percaya bahawa The Gunners mampu menandatangani pemain bertaraf BINTANG seperti Mesut Ozil.

Skuad serangan Arsenal pada musim 2012-13 dilihat sangat seimbang, dengan mempunyai empat pemain - Olivier Giroud, Theo Walcott, Lukas Podolski dan Santi Cazorla yang bergandingan untuk mencipta jaringan dalam sainga Liga Perdana.

Arsenal ketika itu dilihat memerlukan seorang solid defensive midfielder dan juga seorang pertahanan tengah, namun pada musim berikutnya, Wenger berjaya membawa masuk seorang pemain tengah menyerang ataupun perancang untuk mengukuhkan pasukan.

Dan kemasukan Mesut Ozil bagaimanapun tidak banyak mengubah kekuatan pasukan dan kelebihan perancang berbisa itu juga gagal dimanfaatkan sepenuhnya.



Pun begitu, Wenger menyedari akan kekurangan yang ada dan apa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dari Ozil.


Wenger akhirnya membawa masuk Alexis Sanchez daripada Barcelona pada musim 2014-15, dan kemasukkan pemain itu adalah untuk membantu Ozil dalam memberikan terbaik kepada pasukan.

Sanchez - Arsenal Penampilan Jaringan
2014–15 52 25
2015–16 41 17
2016–17 51 30
2017–18 22 8
JUMLAH 166 80

Dan hasilnya, Ozil berjaya memberikan terbaik kepada pasukan. Bukan sahaja kepada Sanchez, malahan kepada penyerang sedia ada Arsenal ketika itu, Olivier Giroud.

Musim Rank P M S K J B +/- Mata
2013/14 No.4 38 24 7 7 68 41 27 79
2014/15 No.3 38 22 9 7 71 36 35 75
2015/16 No.2 38 20 11 7 65 36 29 71
2016/17 No.5 38 23 6 9 77 44 33 75
2017/18 No.6 38 19 6 13 74 51 23 63
2018/19 No.5 38 21 7 10 73 51 22 70

Boleh dikatakan zaman Wenger hampir lengkap jika beliau mampu membawa masuk beberapa pemain defensive midfielder yang mantap selain pertahan tengah setelah menyelesaikan bahagian serangan Arsenal.


Namun bagaikan 'projek terbantut' Wenger, beliau akhirnya mengundurkan diri selepas prestasi merudum pasukan.

Semenjak Unai Emery mengambil alih Arsenal dan ketiadaan gandingan mantap untuk Ozil (ketiadaan Sanchez dan Giroud), khidmat pemain itu dilihat semakin tenggelam dengan taktikal pasukan.

Dan prestasi Ozil yang semakin merundum bukan sahaja disebabkan oleh ketiadaan gandingan yang memahami vision yang dimilikinya, malahan taktikal Emery juga menyumbang kepada kemerosotan itu.

Ozil adalah pemain final-third, pemain yang berada di antara pemain penyerang dan tengah, seorang pemain yang menghasilkan bantuan gol sejati.  Tetapi beliau memerlukan pemain yang betul berada di sekeliling dan disampingnya.


Hakikat itu turut disokong bekas kapten dan pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas yang percaya bahawa Ozil perlu dikelilingi oleh pemain-pemain yang lebih berkualiti untuk berkembang maju.

Namun, Fabregas juga mempertikaikan kemampuan Ozil untuk menjadi pemimpin dalam pasukan mahupun ketika perlawanan sedang berlangsung.

“I think sometimes you just have it inside or you don’t have it.

“When he was at Real Madrid he was surrounded by top, top players and one of the best players in the history of the sport in Cristiano Ronaldo.

“I’m not taking anything away from Mesut, he played top football there, but once you step down a little bit, because we can all agree Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich they are top three, you have to show yourself a little bit more because you don’t have the same quality around you.

“The club buys you to be the actual leader around the club.

“I don’t think Mesut has that in him to carry. I don’t train with him every day, but I don’t think he has it in him to be leader.”

-- Goal

Post a Comment

Previous Post Next Post