Penyokong The Magpies adakan bantahan selepas Rafa tidak disambung .

PENGURUS Rafa Benitez dijangka meninggalkan Newcastle United apabila kontraknya tamat pada 30 Jun ini, saebagaimana pengumuman dibuat oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu.



Benitez tiba di St James' Park pada Mac 2016, meninggalkan kelab itu selepas membawa Newcastle menduduki tempat ke-13 liga perdana musim lalu.


“Kami amat kecewa untuk mengumumkan bahawa pengurus Rafael Benítez akan meninggalkan Newcastle United selepas kontraknya tamat pada 30 Jun ini,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelab itu.

“Kami sudah berusaha melanjutkan kontrak Rafa untuk jangka masa akan datang, begitupun persetujuan gagal dicapai dengan Rafa dan wakilnya.

Selain Rafa, menyertai pengurus tersebut meninggalkan St James' Park adalah barisan kejurulatihan kelab, Paco de Míguel Moreno, Antonio Gómez Pérez dan Mikel Antia.

Sementara itu, penyokong setia pasukan The Magpies telah mengadakan bantahan mengenai pemergian Rafa.



Post a Comment

Previous Post Next Post