Lampard bakal diumumkan selaku pengurus Chelsea, Derby County mahu selesaikan minggu ini.

BEKAS pemain Chelsea, Frank Lampard dijangka akan dilantik sebagai pengurus baru pasukan itu minggu ini, menurut laporan.

Legenda Chelsea itu merupakan pengurus pasukan Derby County ketika ini dan berjaya membawa The Rams beraksi pada final play-off Liga kejuaraan, biarpun hanya semusim bersama mereka.

Lampard dilaporkan akan menggantikan Maurizio Sarri dan membawa bersama penolong beliau di County, Jody Morris.

Laporan media sukan di England menyebut Lampard akan dinamakan sebagai pengurus baru dalam tempoh 48 jam.

Manakala menurut TelegraphDerby County mahukan penyelesaian mengenai masa depan pengurus mereka diselesaikan segera, juga dalam tempoh minggu ini.

Derby County want Frank Lampard future sorted this week as they await Chelsea approach. - Telegraph.

Bekas pemain tengah Blues berusia 41 itu menyerlah bersama The Rams biarpun hanya semusim dengan membawa kelab itu beraksi pada final play-off Liga kejuaraan.

Lampard merupakan penjaring terbanyak Chelsea dengan 211 gol dalam 648 perlawanan dan salah seorang pemain terbaik pernah dihasilkan oleh The Blues.

Beliau telah memenangi 11 piala kejuaraan bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu termasuklah tiga gelaran EPL dan Liga Juara-Juara (UCL).

Post a Comment

Previous Post Next Post