Arsenal bakal membuat tawaran untuk menandatangani pemain pertahanan tengah Juventus, Daniele Rugani

ARSENAL dilaporkan bersedia untuk membuat tawaran bagi menandatangani pemain pertahanan Juventus, Daniele Rugani secara pinjaman.



Dengan kapten pasukan Laurent Koscielny dilaporkan masih bertegas dengan keputusan beliau untuk meninggalkan Arsenal dan ditambah dengan keadaan Rob Holding yang tidak mungkin dapat digunakan sehingga akhir September depan, barisan pertahanan The Gunners dilihat semakin 'kritikal' dalam menghadapi saingan musim depan.

It's understood that Koscielny wants his contract terminated in order to facilitate a move back home amid interest from Rennes, Lyon and Bordeaux.
-- Football London 

Selepas berjaya mendapatkan Dani Ceballos secara pinjaman untuk tempoh semusim dari Real Madrid dan usaha yang semakin gigih dilakukan Arsenal untuk mendapatkan Kieran Tierney dari Celtic, urusan perpindahan Arsenal kali ini dilihat semakin 'meriah'.

Lebih-lebih lagi dengan 'kenyakinan' tinggi bahawa The Gunners bakal melengkapkan perpindahan termahal dalam rekod kelab apabila Nicolas Pepe dijangka tiba dari Lille dengan nilai perpindahan bernilai £72 juta minggu depan.

Setakat ini, hanya William Saliba merupakan satu-satunya pemain pertahanan baharu yang berjaya ditandatangani kelab, namun pemain remaja Perancis itu telah dipinjamkan kembali ke Saint-Etienne.

Dan berdasarkan situasi 'kritikal' pada pertahanan Arsenal ketika ini, The Gunners terus dilaporkan dan dikaitkan dengan pemain pertahanan baharu.

Terkini, kelab London itu dilaporkan berusaha kuat untuk mendapatkan pertahanan tengah berusia 25 tahun dari Juventus, Daniele Rugani.

Menurut Corriere Torino yang berpusat di Turin, Arsenal kini mengalihkan perhatian mereka kepada Rugani, yang mana peluang untuk pemain tersebut beraksi dalam pasukan utama Juventus bakal dibatasi dengan kehadiran Matthijs de Ligt yang ditandatangani dari Ajax awal bulan ini.
Rugani membuat 20 penampilan dalam semua pertandingan bagi musim lalu bersama Juventus dan bernilai sekitar €40 juta (kira-kira 36 juta pound sterling).

Arsenal tidak mungkin dapat meningkatkan dana perpindahan (untuk membeli) namun akan meneroka pilihan secara pinjaman.

Chelsea pada musim lalu dilaporkan telah membuat tawaran 'tidak masuk akal' untuk mendapatkan Rugani dengan pasukan London itu dipimpin oleh Maurizio Sarri.
Namun kini, bekas pengendali The Blues itu bertanggungjawab ke atas Juventus dan beliau sebelum ini sememangnya meminati Rugani dengan menyifatkan pertahanan tengah itu sebagai bakat muda terbaik sudah tentu menyukarkan situasi Arsenal untuk mendapatkan pemain tersebut.

Pun begitu, semuanya bergantung kepada Giorgio Chiellini, pakar kecergasan Juventus yang sedang menilai tahap kecederaan betis yang dialami pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post