Pengarah kelab mahu tandatangani pemain muda Arsenal untuk dijadikan pemimpin, turut mendapat saingan seteru setempat

PERTAHANAN Arsenal, Konstantinos Mavropanos sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Greece.



Laporan daripada Sdna.Gr mendakwa bahawa pertahanan muda Arsenal itu tetap menjadi sasaran Panathinaikos pada jendela perpindahan ketika ini.

Terdahulu pada jendela perpindahan musim sejuk (Januari), Panathinaikos dilaporkan berminat untuk meminjam Mavropanos.

Dan pada awal jendela perpindahan musim panas tahun ini dibuka, terdapat laporan dari media Greece mengatakan bahawa Panathinaikos masih menaruh harapan untuk meminjam pemain berusia 21 tahun itu dan ingin memberikan masa permainan yang mencukupi dalam membantu dan membentuk prestasi serta karier pemain tersebut.

Musim lalu, Mavropanos gagal mendapat peluang untuk beraksi lebih kerap di bawah Unai Emery  dan situasi itu mungkin sama musim depan (gagal mendapat peluang).

Sehubungan itu, Sdna.Gr melaporkan bahawa Pengarah Sukan Panathinaikos, Nikos Dabizas terlibat sama dalam memastikan pemain tersebut bersama mereka musim depan.

Ia juga dilaporkan kelab Athens itu mahu menjadikan Mavropanos sebagai 'pemimpin' dalam barisan pertahanan pasukan dan berharap mereka mampu mendapatkannya dalam perjanjian pinjaman bersama Arsenal.

Bagaimanapun, saingan setempat mereka, AEK juga dikatakan berminat dengan pemain muda dan pengurus kelab, Miguel Cardoso mahu menandatangani pemain Arsenal itu.
Bekas pemain kelab Pas Giannina itu merupakan salah seorang pemain terakhir yang ditandatangani oleh bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger dan kini pemain tersebut dilihat perlu membuat keputusan mengenai masa depannya.

Pun begitu, haruslah dibuat secara mengikut saluran yang betul sekiranya kelab Greece tersebut benar-benar berhajat mendapatkannya.

Dan keputusan mengenai masa depan beliau bukan sahaja bergantung kepada dirinya sahaja, malahan kata putus juga bergantung kepada perancangan Unai Emery terhadap dirinya.

Musim lalu, Mavropanos hanya membuat empat penampilan liga dan dua penampilan bersama skuad U23 Arsenal.

Dan hingga ke setakat ini, beliau hanya berjaya membuat tujuh kali penampilan (secara keseluruhan bersama skuad utama) semenjak menyertai Arsenal pada 4 Januari 2019.

Mavropanos mempunyai kontrak dbersama Arsenal sehingga Jun 2023.

Sumber lain turut melaporkan perkara yang sama mengenai perpindahan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post