Arsenal tidak berminat dapatkan Khedira, tiada perbincangan diadakan.

KECOH seketika apabila kelibat pemain Juventus dilihat berada di Emirates minggu lalu.



Pengendali Arsenal, Unai Emery menafikan spekulasi mengenai The Gunners mahu mendapatkan khidmat Sami Khedira selepas pemain tengah Juventus itu dilihat berada di Stadium Emirates, Ahad lalu.


Pemain kelahiran Jerman itu dilaporkan sedia meninggalkan juara Serie A itu selepas kehadiran beberapa pemain baharu selain khidmat beliau turut jarang digunakan pada musim lalu.

Sepanjang musim lalu, beliau hanya membuat 20 penampilan sahaja dalam kesemua kejohanan dan kehadiran bekas pemain Arsenal, Aaron Ramsey dan Adrien Rabiot ke Turin membuatkan peluang beliau semakin 'terancam' bersama gergasi Itali itu.

Malah, ianya turut meningkatkan spekulasi dimana khidmat bekas pemain Real Madrid itu mungkin tidak akan digunakan oleh jurulatih baharu Juve, Maurizio Sarri.

Menguatkan lagi spekulasi tersebut, Khedira, 32 tahun tidak terbabit dalam siri jelajah pra-musim Juve di Asia dan dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk Arsenal, Fiorentina dan Valencia tetapi kelibatnya di Emirates ketika Arsenal menentang Lyon mencetuskan spekulasi kuat bahawa beliau akan menyertai The Gunners.


Meskipun tidak menyangkal keupayaan Khedira di atas padang, namun Emery menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat perbincangan untuk mendapatkan pemain tersebut.

“Khedira adalah pemain yang amat bagus tetapi ini kali pertama saya mendengar namanya disebut,” kata ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Khedira di Emirates.

Pun begitu, menurut journalis Itali, Nicolo Schira, rundingan diantara pemain tersebut bersama Arsenal telahpun dijalankan dan pemain Juventus itu ditawarkan gaji yang lebih rendah daripada apa yang diterimanya ketika ini bersama kelab Itali itu.
Sementara itu, Arsenal dijangkakan akan mengumumkan pemain baru yang berjaya ditandatangani, Nicolas Pepe setelah terdapat 'gambar bocor' yang menyaksikan pemain tersebut sedang melakukan sesi fotografi dengan memakai jersi The Gunners.



Post a Comment

Previous Post Next Post