Bagaimana perbelanjaan mendapatkan Nicolas Pepe bakal mempengaruhi perbelanjaan perpindahan empat musim akan datang.

ARSENAL hampir melengkapkan perpindahan Nicolas Pepe dari Lille, tetapi bagaimana bayaran perpindahan akan memberi kesan kepada kuasa belanja kelab di masa hadapan?



Nicolas Pepe dilaporkan bakal menjalani ujian kesihatan/perubatan dalam masa terdekat ini selepas Lille bersetuju menerima tawaran berjumlah £72 juta untuk pemain sayap mereka itu.


Unai Emery dilaporkan sebelum ini hanya mempunyai anggaran belanja terhad untuk digunakan pada jendela perpindahan musim panas kali ini iaitu sekitar £45 juta, jadi bagaimana Arsenal mampu berbelanja dengan melebihi dana yang diperuntukan (membayar yuran perpindahan yang tinggi) ?


Difahamkan, Arsenal hanya akan membayar pendahuluan lebih kurang £20 juta kepada kelab Ligue 1 itu pada musim panas ini.

BACA : Penjelasan bajet perpindahan Arsenal

Manakala baki sebanyak £52 juta lagi akan bayar secara ansuran sebanyak empat kali, dengan Arsenal akan membayar £13 juta setahun untuk empat musim berikutnya.

Jumlah baki bayaran itu juga menyaksikan bayaran dibuat sehingga kontrak pemain tersebut memasuki tahun akhir bersama Arsenal, dimana pemain tersebut dikatakan akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama The Gunners.


Walaupun Emery gembira dengan memperolehi pemain yang mampu menguatkan skuad beliau kali ini, namun seandainya gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara pasti memberi kesan dalam kewangan kelab musim berikutnya.

Dan tugas lebih berat menanti Emery musim depan dan juga musim seterusnya bagi menghadirkan kejayaan selain layak beraksi di Liga Juara-Juara.

BACA: Analisis kewangan Arsenal 2018

Mungkin kegagalan Emery membawa Arsenal ke saingan Liga Juara-Juara musim lalu menyebabkan BOD Arsenal berubah fikiran?

Siapa tahu kan?

Pun begitu, Emery sudah pasti gembira ketika ini kerana memperolehi pemain yang mampu meningkatkan pilihan pada bahagian serangan pasukan beliau musim depan.


Mengenai Pepe, pemain berusia 24 tahun ini telah menjaringkan 22 gol untuk Lille dalam saingan liga musim lalu dan berada ditangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Ligue 1 dibelakang penyerang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe, yang telah menjaringkan 33 gol.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu juga berjaya merekodkan 11 bantuan gol dan memainkan peranan penting dalam membantu Lille menamatkan saingan ditangga kedua liga, juga dibelakang PSG yang memenangi gelaran liga.

Saingan 18/19 Penampilan Jaringan Bantuan Minit per gol Minit beraksi
Ligue 1 38 22 11 151 3,332
Coupe de France 2 1 1 180 180
Coupe de la Ligue 1 - - - 25
JUMLAH 41 23 12 154 3,537

Pepe akan menjadi pemain keempat yang dibawa masuk Emery pada musim panas ini, selepas berjaya membawa masuk pemain muda Brazil, Gabriel Martinelli, pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos yang menyertai secara pinjaman untuk semusim dan pemain pertahanan St Etienne, William Saliba.



Walau bagaimanapun, Saliba, yang mana Arsenal telah menandatanganinya dari St Etienne dengan bayaran perpindahan sebanyak £27 juta, telah dipinjamkan kembali ke kelab Perancis itu untuk tempoh semusim (musim depan) kerana memenuhi sebahagian daripada perjanjian yang terkandung dalam kontrak serta rundingan yang telah dipersetujui.

Walaupun Arsenal telah memperkuatkan jenteran serangan dengan kemasukan Pepe dan Ceballos,  namun bahagian pertahanan masih menjadi isu yang harus diberi perhatian dan keutamaan.

Mungkin terdapat beberapa pembelian lain bagi menguatkan barisan pertahanan Arsenal musim depan.

Dan itu juga bakal memberi kesan kepada kewangan Arsenal terutamanya pada jendela perpindahan musim sejuk dan musim panas berikutnya.

Arsenal ketika ini (tidak termasuk kos pembelian Pepe) telah berbelanja sebanyak £33 juta dan bakal menjadi sebanyak £53 juta jika diambil kira kos pembayaran pendahuluan mendapatkan Pepe.

Pemain Posisi Dar iKelab Nilai Perpindahan
William Saliba Pertahanan Tengah (CB) Saint-Étienne £27 juta
Gabriel Martinelli Sayap Kiri (Winger Left / Right / CM Ituano £6 juta
Dani Ceballos Tengah (CM) Real Madrid pinjaman
JUMLAH - - £33 Juta

Post a Comment

Previous Post Next Post