Barcelona mansuhkan klausa jualan Hector Bellerin dan Jon Toral

Barcelona telah memansuhkan klausa jualan yang terkandung dalam kontrak ketika Arsenal mendapatkan Hector Bellerin sebagai salah satu penyelesaian rundingan perpindahan, Cesc Fabregas.



Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Canon, Barcelona memansuhkan klausa jualan yang akan diterima mereka untuk Hector Bellerin dalam sebahagian daripada perjanjian yang menyaksikan Cesc Fabregas menyertai pasukan La Liga itu pada 2011.

Memetik laporan tersebut:

"Arsenal menilai perjanjian itu pada harga £40 juta, yang mana faktor dalam pembayaran loyalti berjumlah £4 juta pemain telah dikecualikan," kata Guardian. 

"Juga termasuk dalam pakej adalah prestasi dan tambahan yang berkaitan dengan kejayaan manakala Arsenal mempunyai klausa menjual 50%.

"Barcelona telah mengecualikan mana-mana pilihan atau klausa penjualan (sell-on clauses) berhubung dengan Jon Toral dan Hector Bellerin, pemain muda yang berpindah dari Camp Nou ke Arsenal pada awal musim panas."


Pendedahan tersebut pasti menggembirakan sekiranya pihak pengurusan Arsenal memutuskan untuk menjual Bellerin bagi menjana pendapatan yang lebih besar.

Walaupun Bellerin (24 tahun), ketika ini dinilaikan berada pada sekitar £37 juta, namun melihatkan nilai perpindahan/jualan Harry Maguire yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United bernilai £85 juta... sudah pasti nilai pertahanan Arsenal itu lebih tinggi dan bernilai sekurang-kurangnya £100 juta lebih.

Bellerin masih mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga 2023 dan beliau ketika ini masih menjalani pemulihan daripada kecederaan lututnya, serta dijangka kembali menjalani latihan menjelang akhir bulan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post