Punca Dani Alves tolak tawaran kelab ternama dan sertai Sao Paulo

Arsenal membuat tawaran untuk menandatangani Dani Alves secara percuma sebelum pemain itu melengkapkan perpindahan ke Sao Paulo awal minggu ini.



Laporan Sport Witness mendedahkan bahawa The Gunners dan Manchester City adalah antara 20 kelab yang cuba mendapatkan Alves, sebelum pemain tersebut memutuskan untuk kembali ke tanah airnya di Brazil.

Punca utama Alves memilih untuk menyertai Sao Paulo adalah kerana kelab Brazil itu memberikan kontrak dua setengah tahun, sesuatu yang gagal ditawarkan kelab lain kepada pemain tersebut.

Dani Alves bakal menerima melebihi sejuta reais (kira-kira £220k) sebulan di Sao Paulo.

Walaupun jumlah tersebut bukanlah terlalu tinggi bagi kelab-kelab eropah, namun ianya merupakan gaji yang besar bagi kelab Brazil dan ianya juga merupakan belanja yang sangat besar untuk ditanggung.

Turut dilaporkan bahawa kelab Brazil tersebut kini sedang berusaha merencanakan pelan baharu bagi menampung perbelanjaan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post