Indonesia elak guna barracuda, jaminan keselamatan kepada pasukan dan penyokong Malaysia.

SEJARAH mungkin berulang, bayangan barracuda pasti menjadi mimpi ngeri dan kenangan buat pemain-pemain Malaysia yang beraksi di Stadium Utama Bung Karno satu ketika dahulu.


Berdepan Indonesia pada aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Bung Karno, 5 September depan, faktor keselamatan pemain dan penyokong Malaysia terus menjadi perhatian.

Sebaik saja jadual perlawanan itu diumumkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bulan lalu, penyokong fanatik Indonesia sudah mula membayangkan anak buah Tan Cheng Hoe pasti berdepan ‘masalah’ di Jakarta nanti.

Laman rasmi Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut cuba digodam dan laungan kata-kata provokasi sudah mula kedengaran.

Kini, kurang daripada seminggu sahaja lagi untuk pertembungan Indonesia menentang Malaysia akan dilangsungkan, pihak tuan rumah terus berusaha menyakinkan Harimau Malaya mengenai jaminan keselamatan yang diberikan mereka kepada pasukan Tan Chen Hoe.

Tiga hari lalu, menurut laporan CNN Indonesia, FAM dilaporkan telah meminta pihak keselamatan negara itu menyediakan kenderaan keselamatan (barracuda) untuk perlawanan itu.

Direktur Media PSSI Gatot Widakdo mengatakan pihak Federasi Sepak bola Malaysia (FAM) telah meminta PSSI untuk mempersiapkan rantis barracuda saat timnas Malaysia melawan Indonesia.

Namun Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memberi jaminan keselamatan terhadap pasukan Malaysia akan dilangsungkan dalam suasana selamat sambil cuba menyakinkan FAM mengenai keperluan penggunaan barracuda memandangkan mereka akan menempatkan ribuan anggota keselamatan dalam mengawasi perlawanan itu.

Namun, PSSI berusaha melobi FAM untuk tidak menggunakan barracuda dengan meyakinkan laga di SUGBK akan berlangsung aman. Terlebih laga Indonesia vs Malaysia akan dijaga ribuan personel keamanan gabungan Tentara Nasional Indonesia (TNI) dan Kepolisian Republik Indonesia (Polri).

Aksi membabitkan Malaysia-Indonesia sering berlangsung dalam suasana tegang dan panas dengan barisan pemain serta jurulatih terdedah kepada pelbagai risiko. 

Justeru, jika keadaan memaksa, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menolak kemungkinan pemain dan seluruh warga Harimau Malaya akan meninggalkan Gelora Bung Karno dengan menaiki Barracuda buat kali ketiga dalam sejarah bola sepak negara.

Berdasarkan dua insiden pada final Piala AFF 2010 dan Sukan SEA 2011, barisan pemain negara terpaksa menaiki Barracuda bagi menjamin keselamatan pemain selepas menerima pelbagai ancaman.




Terkini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengulangi jaminan keselamatan kepada pasukan dan penyokong Malaysia yang akan bertandang ke Jakarta untuk aksi pembukaan Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 September ini.

Dan FAM terus mengambil langkah proaktif dalam soal keselamatan pemain dan pasukan Harimau Malaya apabila mengadakan pertemuan kedua PSSI.

"Mesyuarat bersama Ketua Unit Keselamatan PSSI, Nugroho Setiawan itu membincangkan pelan keselamatan komprehensif bagi penyokong Malaysia yang akan hadir ke Jakarta bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

"Selepas mesyuarat berkenaan, satu perjumpaan bersama pihak Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Jaya) yang diwakili Komisiaris Besar Polisi Albert Teddy Benhard Sianipar, Komander Operasi Polda Metro Jaya telah diadakan di Ibu Pejabat Polda Metro Jaya.

"Perjumpaan itu bertujuan merangka kerjasama erat bersama pihak Polda Metro Jaya serta memperincikan perihal aspek keselamatan penyokong Malaysia sepanjang mereka berada di Jakarta nanti.

"Pihak Polda Metro Jaya dan PSSI akan melaksanakan kawalan keselamatan ketat dan teratur bagi memastikan keselamatan penyokong Malaysia pada sebelum, semasa dan selepas perlawanan terjamin," tulis FAM dalam Facebook rasmi mereka 2 hari lalu.

Delegasi FAM dibarisi Penolong Setiausaha Agungnya, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman; Ketua Unit Keselamatan, Muhammad Ashtar Rahim serta Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ACP Kamarulzaman Maarof dan Pegawai Keselamatan Pasukan Kebangsaan, ASP Mohd. Hasbullah Saidin yang menyertai mesyuarat keselamatan kedua yang diadakan di Pejabat PSSI di Jakarta.

Ini adalah kunjungan kedua delegasi FAM ke Jakarta selepas kunjungan pertama pada 20 Ogos lalu yang turut dihadiri Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria.

Pada mesyuarat minggu lalu itu, Ratu Tisha telah memberi jaminan bahawa pihaknya akan memenuhi beberapa permintaan daripada FAM terutama berhubung soal keselamatan pemain dan penyokong Malaysia bagi memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar.

Dengan inisiatif dan kerjasama baik daripada PSSI dan pihak berkuasa Indonesia dalam hal berkaitan keselamatan ini, FAM ingin mengucapkan terima kasih dan berharap segalanya berjalan lancar menjelang hari perlawanan itu nanti.

-- FAM

Mengikut rekod pertemuan 'head-to-head', Indonesia memenangi 39 perlawanan dan seri sebanyak 21 kali, manakala Malaysia pula mencatatkan kemenangan sebanyak 35 kali (perlawanan).

Pertembungan kali terakhir kedua-dua pasukan, meyaksikan Indonesia memenangi perlawanan dengan keputusan 3-0 dalam aksi persahabatan pada 6 September 2016.

Manakala Malaysia pula mencatatkan kemenangan terakhir menentang Garuda pada 1 Disember 2012 dalam aksi Kejuaraan AFF 2012 peringkat kumpulan dengan keputusan 2-0.



Post a Comment

Previous Post Next Post