United membosankan Lukaku, gagal berikan kegembiraan kepada pemain kebangsaan Belgium itu.

BERAKSI bersama pasukan besar kadang-kala menghadirkan kebosanan terhadap pemain yang turut mempunyai nama besar.



Itulah yang terjadi kepada pemain kebangsaan Belgium, Romelu Lukaku yang berhijrah menyertai kelab Itali.

Manchester United gagal membuatkan Lukaku gembira bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu sekali gus menjadi salah satu faktor pemain tersebut berpindah menyertai Inter Milan.

Inter menandatangani Lukaku pada 8 Ogos 2019 dengan nilai perpindahan mencecah €80 juta.
Perkara tersebut didedahkan oleh ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez yang memberitahu bahawa Lukaku kini amat gembira selepas menyertai Inter Milan.

Kata Martinez, Lukaku bosan bersama United sekali gus memaksa penyerangnya itu meninggalkan Liga Perdana Inggeris bagi mendapatkan kegembiraan.

“Romelu (Lukaku) memerlukan cabaran baharu.

“Kadang-kala anda mudah bosan dengan kelab disertai.

“Bekerja bersama Antonio Conte di Inter Milan membolehkan Romelu mengembangkan bakatnya dengan lebih baik.

“Bukan itu sahaja, saya kini boleh melihat dia tersenyum semula sekali gus membuatkan saya gembira dengan prestasinya,” kata Martinez.

Penyerang Belgium itu menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya bersama Inter Milan ketika menentang Lecce pada Isnin.
Dalam perlawanan tersebut Inter Milan berjaya meraih kemenangan 4-0 dan semangat dipamerkan oleh Lukaku telah meyakinkan pengurus kelab berkenaan, Conte untuk menjadikan dia sebagai sandaran utama bagi kempen Serie A.

Post a Comment

Previous Post Next Post