Pochettino akui skuad kendalian beliau diselubungi masalah masa depan pemain musim ini.

TOTTENHAM diselubungi dengan masalah pemain yang tidak menentu bersama mereka dalam mengharungi saingan kali ini.



Mauricio Pochettino mengakui skuad bimbingan beliau, Tottenham berdepan dengan masalah 'tidak dapat diselesaikan' kerana masa depan beberapa pemain utama masih tidak jelas setakat ini.

Spurs bakal berkunjung ke Emirates untuk aksi seterusnya dan perkembangan ini mungkin juga merupakan sebahagian daripada 'mainan psychology' pengendali kelab tersebut dalam menghadapi perlawanan derby menentang Arsenal, Ahad ini. 

Tottenham hanya berjaya mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris.

Mereka juga mengalami kekalahan 1-0 di tempat sendiri di tangan Newcastle United pada hari Ahad lalu selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika menentang Manchester City ditempat lawan.

Dan satu-satunya kemenangan dicatatkan mereka adalah pada perlawanan pertama, menentang Aston Villa dimana mereka memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-1.

Dengan prestasi yang kurang memberangsangkan bagi pasukan yang muncul naib juara Liga Juara-Juara musim lalu, pengendali pasukan, Pochettino mendedahkan bahawa beliau berdepan dengan situasi tidak pasti berkenaan masa depan beberapa pemain utama pasukan, sekali gus merencatkan perjalanan skuad kendalian beliau itu ketika ini.

Masa depan main tengah mereka, Christian Eriksen masih tidak pasti bersama mereka selagi jendela perpindahan masih dibuka dan mampu berpindah ke kelab lain di Eropah, yang mana jendela perpindahan akan ditutup pada 2 September ini.

Sementara Jan Vertonghen dan Toby Alderweireld turut berada dalam situasi yang sama seperti Eriksen yang  bakal bergelar ejen bebas dipenghujung musim ini.

Eriksen dikatakan menjadi buru kelab-kelab Eropah selepas menolak tawaran pembaharuan kontrak bersama Spurs.


Pochettino berkata dia berhadapan dengan skuad yang 'tidak diselesaikan' di Tottenham, yang bakal menghadapi perjalanan besar ke Arsenal pada hari Ahad untuk derby utara London.

Namun tiada apa yang mampu mereka lakukan setakat ini selain hanya boleh tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku pada hari-hari yang akan datang sebelum jendela perpindahan ditutup.

"Kumpulan itu masih tidak dapat diselesaikan dan kita perlu mencari penyelesaian," katanya pada sidang akhbar.

"Kami mempunyai satu minggu lagi untuk menunggu dan melihat apa yang berlaku dalam tempoh 10 hari terakhir. Sudah tentu saya fikir ini adalah musim keenam saya dan kami telah memulakan musim ini dengan kumpulan yang lebih sukar ditangani yang kami bekerjasama dan itu sebabnya kami mesti bertenang.

"Kami tidak boleh membetulkan beberapa situasi, tidak ada apa-apa untuk diperkatakan mengenai situasi yang sedang berlaku dalam skuad. Kami perlu menunggu.

"Itu satu keadaan selepas bermain di Liga Juara-Juara pada 1 Jun, kami tahu bahawa ini akan berlaku, beberapa situasi seperti ini.

"Tetapi bagi kelab dan bagi kami ia sukar untuk ditangani. Kita hanya boleh menunggu dan itu sahaja yang boleh kita lakukan."


Post a Comment

Previous Post Next Post