Saya Tidak Dibayar Gaji Hampir Tujuh Bulan - Neil Danns

Neil Danns

BURY FC telah disingkirkan dari Football League setelah gagal mendapatkan pemilik baru bagi menyelesaikan masalah kewangan kelab. 

Dan kapten pasukan, Neil Danns menceritakan keperitannya sebagai pemain untuk kelab hebat ini semasa kelab ini dimiliki oleh Steve Dale.

Saya tidak boleh memberikan gambaran kepada anda betapa yakinnya kami yang musim kami akan bermula tidak lama lagi, dan masalah yang melanda kelab akan selesai.

Masalah kelab ini telah menyebabkan kami tidak bermain lima perlawanan pertama musim ini. Perlawanan menentang MK Dons (H), Accrington (A), Gillingham (H), Rotherham (A), dan Tranmere Rovers (A) terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Kami telah berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan kami bersedia untuk bermain, juga melakukan persiapan rapi untuk menentang Doncaster pada Sabtu ini. Kami sungguh teruja untuk memulakan musim bolasepak kami.

Saya duduk di hadapan televisyen pada malam Selasa, dan telah berfikir, "Saya akan turun berlatih pada hari esok,' ketika mendengar berita yang pasukan saya telah disingkirkan.

Kami sepatutnya sudah tahu tentang perkara ini. Pemilik kelab telah banyak berjanji dan tiada satu pun yang menjadi kenyataan.

Saya berharap EFL akan menjalankan satu penyiasatan bagaimana seseorang seperti itu boleh memegang kuasa ke atas sebuah kelab yang hebat ini.

Dale harus memberikan penjelasan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Jangan lari dan menyorokkan diri seperti yang beliau lakukan sekarang. Tetapi agak sukar untuk mendapatkan jawapan daripada beliau.

Masalah kelab ini sudah tentu memberikan kesan kewangan kepada kami.

Saya tidak dapat menjana pendapatan untuk keluarga saya kerana saya tidak dibayar hampir tujuh bulan. Saya boleh katakan saya sudah tiada pekerjaan. 

Situasi ini lebih sukar dan perit untuk mereka yang baru memulakan hidup.
Bury FC terkubur selepas 134 tahun di dalam kancah liga bolasepak Inggeris
Antara perkara paling buruk yang berlaku ialah melihat tekanan dan kebimbangan yang mereka tunjukkan ketika hadir ke padang latihan.

Namun yang paling menyedihkan adalah kehilangan sebuah kelab yang memberikan seribu makna kepada masyarakat di sini.

Oleh kerana itu, saya harap EFL boleh melakukan apa yang terdaya untuk melihat tawaran £7 juta dari konsortium baru itu dapat menyelamatkan kelab ini. 

Saya membesar dengan melihat perlawanan-perlawanan Liverpool. Saya akan pergi menonton perlawanan di sana dengan dua anak lelaki saya, sama seperti yang dilalui oleh beratus orang di bandar ini di Gigg Lane.

Sesuatu yang tidak boleh dibayangkan apabila membawa pergi kelab ini keluar dari kehidupan mereka. Bandar ini memerlukan sesuatu yang lebih baik, dan EFL bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini menjadi kenyataan.

Saya rasa kehilangan sesuatu apabila saya bangun daripada tidur. Saya rasa sangat kecewa. Itulah juga yang dirasai oleh para peminat kelab ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post