Punca mengapa Nicolas Pepe 'reject' Liverpool dan terima Arsenal.

PEMAIN Lille, Nicolas Pepe pernah menjadi buruan beberapa kelab ternama Eropah, termasuklah kelab Inggeris.


Namun beliau bakal diumumkan sebagai pemain Arsenal bila-bila masa sahaja setelah dikatakan melengkapkan ujian kesihatan serta gambar 'bocor' yang menyaksikan beliau menggayakan jersi The Gunners pada sesi photo-shoot kelab.


Sebelum ini, Manchester United dan Liverpool begitu kuat dikatakan mahu mendapatkan Pepe lebih-lebih lagi beliau merupakan pemain yang menjadi 'idaman' pengendali Reds, Jurgen Klopp.
Malahan terdapat laporan yang mengatakan bahawa Liverpool begitu pasti mendapatkan Pepe pada nilai perpindahan sekitar €80 juta.


Segalanya berubah musim ini apabila Arsenal bakal mengumumkan pemain terbaru yang berjaya ditandatangani, Nicolas Pepe dalam masa terdekat setelah segala urusan dilaporkan telah pun selesai.

Menurut Get French Football News, mereka melaporkan bahawa Liverpool tidak pernah mencapai tahap rundingan terakhir kerana mereka gagal menawarkan masa bermain yang konsisten kepada Pepe.

Walaupun Arsenal gagal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, namun peluang untuk beraksi dalam kesebelasan dan menjadi pemain utama, membuatkan Pepe memilih The Gunners.

The move to Arsenal obviously somewhat negates what Pépé set out to achieve: play Champions’ League football. But as Domenighetti wrote today, more important than these objectives was the idea of becoming a key player in a club at a level above Lille. Whilst Liverpool clearly enticed him, another highly-respected French journalist has since told Get French Football News that LFC’s inability to offer Pépé consistent playing time brought an end to talks before they reached an advanced stage, despite Jurgen Klopp’s enormous desire to sign the Ivorian
-- Get French Football News.

Wartawan RMCsport, Mohamed Bouhafsi mendakwa bahawa Lille akan mengumumkan Nicolas Pepe akan menjadi pemain Arsenal pada jam 6 petang (kira-kira jam 12 malam ini waktu Malaysia) dan mengesahkan perpindahan tersebut berjumlah 80 juta (£72 juta).

Post a Comment

Previous Post Next Post