Nigel Winterburn Cadang Nama Baru Untuk Jadi Kapten Arsenal

Bekas pemain pertahanan Arsenal, Nigel Winterburn mencadangkan satu nama baru kepada Unai Emery untuk menjadi kapten baru kelab di masa akan datang.

Beliau percaya Rob Holding boleh mengikut jejak langkah Tony Adams sebagai kapten Arsenal.

Rob Holding
Unai Emery sedang mencari kapten baru untuk musim akan datang ini selepas terkejut dengan tindakan Laurent Koscielny yang memohon untuk berpindah keluar, dan penjaga gol berpengalaman Petr Cech sudah bersara musim lepas.



Emery sudah mengambil pendekatan yang berbeza untuk menentukan siapakah yang akan memakai lilitan kapten di lengan, dan sedang mencari empat atau lima nama sebagai kapten untuk kempen baru ini.

Keputusannya itu mengundang kritikan, sesetengah pihak mahu lebih kepimpinan dalam skuad, tapi Winterburn menjelaskan bagaimana tanggungjawab memakai lilitan lengan tersebut harus dikongsi dengan semua pihak dalam skuad.

Beliau juga percaya Holding tidak akan merasa beban untuk mengetuai Arsenal dan membandingkan situasi ini dengan pemain legenda kelab, Tony Adams.

Tony Adams (tengah) adalah pemain dan kapten legenda Arsenal

Nigel Winterburn juga pernah memakai lilitan kapten di lengan
'Unai Emery tidak mahukan seorang ketua pasukan, beliau mahu empat atau lima orang. Tetapi seperti yang saya sudah katakan: "Anda akan menjadi kapten sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam padang.",' jelasnya kepada 888 Sport.

'Anda mempunyai tanggungjawab yang sama sebagai ketua pasukan kerana jika anda tidak gembira dengan sesuatu yang berlaku di atas padang, anda perlu ada keyakinan dan kuasa untuk menyusun para pemain di hadapan kamu, terutama apabila anda berada dalam tekanan di kawasan anda.

'Anda tidak boleh melihat terus kepada kapten dan berkata "kita perlu buat ini". Ianya sudah terlambat. Jadi anda harus mengambil tugas sebagai ketua apabila anda bermain.

'Tidak ada tekanan untuk memberikan lilitan kapten kepada pemain muda seperti Holding, kerana saya masih ingat Adams pernah lakukan yang sama.



Sumber: football.london

Artikel oleh: Aizat Hanafi

Post a Comment

Previous Post Next Post