Takuma Asano akhiri episod kecewa bersama Arsenal, selamat tinggal....

TAKUMA ASANO sertai Partizan Belgrade secara tetap, Arsenal terima €1 juta yang akan dibayar dalam tiga kali ansuran.



Penyerang yang tidak pernah digunakan Arsenal semenjak dibawa masuk ke Emirates, Takuma Asano, akhirnya meninggalkan The Gunners secara tetap setelah dilaporkan menyertai kelab Serbia, Partizan Belgrade secara tetap.

Asano menyertai Arsenal pada 3 Julai 2016 dan merupakan pemain kedua yang ditandatangani Arsene Wenger pada jendela perpindahan musim itu.


Wenger menyifatkan pemain muda Jepun itu sebagai penyerang muda berbakat dan mampu menyinar pada masa hadapan setelah berjaya mendapatkan Asano, namun kegagalan pemain itu mendapatkan permit kerja untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris menyaksikan beliau terus dipinjamkan ke kelab Jerman.

Rekod penampilan dan kelab semenjak menyertai Arsenal.
Musim Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
2016–2019 Arsenal 0 - -
2016–2018 VfB Stuttgart (dipinjamkan) 41 5 4
2017 VfB Stuttgart II (dipinjamkan) 2 1 1
2018–2019 Hannover 96 (dipinjamkan) 15 1 -



Bagaimanapun menurut laporan Volim Partizan, penyerang Jepun berusia 24 tahun akan menghabiskan musim depan bersama kelab Serbia itu secara pinjaman dan mereka (Partizan Belgrade) mempunyai pilihan untuk menandatanganinya selepas itu. macam lawak

Pun begitu, kontrak Asano bersama The Gunners juga akan berakhir pada ketika itu (selepas berakhirnya tempoh pinjaman), menjadikannya sebagai pemain bebas dan ini bermakna Asano sudah tentu tidak akan kembali lagi ke Arsenal, melainkan kontrak beliau disambung.

Namun agak sukar untuk melihat perkara tersebut menjadi kenyataan (Arsenal menawarkan pembaharuan kontrak kepada Asano).

*Kontrak Asano bersama Arsenal bakal berakhir pada 30 Jun 2020.

Sebelum ini, Asano pernah meluahkan perasaan beliau pada laman blog peribadinya mengenai musim 2018/19 yang penuh dengan kekecewaan.


"Musim 2017-2018 juga sukar, teruk dan mengecewakan.


"Musim ini (2018/19) saya mengalami kecederaan berulang dan tidak dapat untuk terus bermain dalam perlawanan dan tidak dapat memberikan sebarang keputusan.

"Sepanjang musim, saya fikir ia adalah musim sukar, sukar, mengecewakan. Saya fikir saya memahami bahawa saya tidak dapat melakukannya dengan baik.

"Satu-satunya perkara yang saya boleh percaya adalah merasakan bahawa " perkembangan" adalah berlaku setiap hari.

"Saya ingin melakukan yang terbaik lagi bermula dari sekarang untuk memberikan perkembangan terbaik dengan keputusan terbaik!

"Pertama sekali, terima kasih kerana menyokong satu musim!"

Dengan usia 24 tahun dan gagal membuat sebarang penampilan bersama Arsenal serta ditambah dengan kontrak bakal berakhir musim depan, adalah elok untuk beliau menyertai Partizan.

Nilai pasaran semasa Asano adalah dianggarkan pada 2.5 juta euro ketika ini dan Arsenal dipercayai mengeluarkan belanja sekitar 4 juta euro untuk membawa beliau ke Emirates.

Takuma is a talented young striker and very much one for the future, he has had an impressive start to his career in Japan and we look forward to him developing over the next couple of years. - Arsene Wenger, 2016.


Post a Comment

Previous Post Next Post