Pertahanan muda Arsenal gagal pikat Emery dan sedia dijual setelah permintaan tinggi diterima.

SEORANG lagi pemain muda yang gagal membuat sebarang penampilan bersama skuad utama Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Krystian Bielik bakal meninggalkan Emirates.


Arsenal meletakkan harga sebanyak £10 juta kepada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan bekas pemain Legia Warsaw, Krystian Bielik.

Dan bekas kelab Bielik itu bakal menerima sebanyak 500k euro (kira-kira 455k pound sterling) hasil daripada penjualan pemain itu.

Menurut laporan daripada Poland, Legia.net melaporkan bahawa Arsenal mempunyai persetujuan dengan bekas kelab Bielik, Legia Warsaw, dimana The Gunners akan membayar sebanyak €500,000 kepada kelab itu apabila menjual pemain tersebut dimasa hadapan.

Setelah hampir tiga musim bersama The Gunners, Bielik yang kini berusia 21 tahun masih gagal memikat pengedali Arsenal, baik ketika era Wenger mahupun dibawah pengendali baharu, Unai Emery.

Pemain remaja Poland itu dibawa masuk ke Emirates oleh Wenger pada Januari 2015 dengan nilai yang dianggarkan sekitar £2.4 juta dan kini Arsenal sedia untuk 'menuai' hasil pelaburan itu dengan dijangka memperolehi sebanyak £10 juta hasil penjualan Bielik.

Ketika ini, pemain pertahanan Arsenal itu mendapat perhatian daripada kelab-kelab Inggeris seperti Derby County, West Bromwich Albion, Middlesbrough dan Brentford.

Malah kelab Itali, AC Milan juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan beliau namun masih tidak membuat sebarang usaha untuk menandatangani pemain tersebut.

Musim lalu, Bielik dipinjamkan kepada kelab yang beraksi di League One, Charlton dan berjaya membuat 34 penampilan dengan empat gol dan dua bantuan gol berjaya direkodkan beliau.

BACA: Rekod dan prestasi pemain Arsenal yang dipinjamkan pada musim 2018/19.

Prestasi cemerlang beliau itu bersama Charlton bagaimanapun gagal memikat Emery namun berjaya memikat kelab-kelab Inggeris yang lain terutamanya Derby County.
Kelab yang beraksi dalam saingan kedua tertinggi bolasepak Inggeris (EFL Championship), Derby dilaporkan bakal melengkapkan perjanjian menandatangani pemain muda Arsenal ini setelah pemain tersebut turut dilaporkan bakal menjalani ujian kesihatan bersama mereka.
Adakah keputusan Arsenal untuk menjual pertahanan muda ini satu keputusan tepat?

Post a Comment

Previous Post Next Post