Tanpa pertahanan baharu, Arsenal dilihat yakin untuk memberikan saingan kuat musim depan.

ARSENAL dan Emery tidak gusar dengan barisan pertahanan sedia ada ketika ini, yakin mampu berikan ancaman lebih kuat musim depan.

Mengikut rekod musim lalu, Arsenal hanya berjaya memenangi 55.3% perlawanan yang diharungi dalam saingan Liga Perdana dan mencatatkan 26.3% kekalahan.

Dan jumlah kekalahan ini sedikit melebihi jumlah perlawanan yang mencatatkan keputusan seri, sekaligus merugikan (mata yang dikumpul) pasukan kendalian Emery.

Liga Musim 2018/19 - No. 5
P M S K J B +/- Mata
38 21 7 10 73 51 +22 70

Musim lalu, Arsenal dilihat tidak menghadapi masalah untuk menyumbang tiga mata setiap perlawanan yang diharungi dilaman sendiri apabila berjaya merekodkan 14 kemenangan (73.7%) daripada 19 perlawanan keseluruhan.

42 mata hasil 14 kemenangan, 3 mata hasil tiga keputusan seri, menjadikan Arsenal musim lalu mengumpul 45 mata dilaman sendiri dan ianya menyumbang 64.3% mata keseluruhan The Gunners musim lalu.

Rekod dilaman sendiri
M S K J B +/-
14 3 2 42 16 +26

Manakala beraksi dilaman lawan, Arsenal dilihat begitu bermasalah untuk mencari kemenangan selain menyumbang mata keseluruhan.

Ini kerana, daripada 19 perlawanan di tempat lawan, The Gunners hanya menyumbang 35.7% mata keseluruhan hasil daripada tujuh kemenangan dan empat seri.

Rekod ditempat lawan
M S K J B +/-
7 4 8 31 35 −4

Rekod musim lalu jelas menunjukkan bahawa Arsenal bermasalah mencari mata ditempat lawan, lebih-lebih lagi gawang juga lebih kerap dibocori berbanding beraksi ditempat sendiri, pun begitu The Gunners musim ini masih gagal mencari pemain pertahanan baharu untuk memantapkan barisan pertahanan bagi menghadapi musim baharu, musim 2019/20.

Perlawanan Menang Seri Kalah Mata per
perlawanan
Jaringan : Bolos
Laman sendiri 19 14 3 2 2.37 42:16
Laman lawan 19 7 4 8 1.32 31:35
JUMLAH 38 21 7 10 1.84 73:51

Mungkin kita beranggapan bahawa masalah pertahanan merupakan satu keperluan utama yang perlu diberikan perhatian serius oleh Unai Emery.

Namun jika dilihat pada rekod bermain ditempat sendiri musim lalu, Arsenal hanya bolos 16 gol dan ini mungkin menimbulkan persoalan mengenai barisan pertahanan yang dimiliki Emery, walaupun dibolosi sebanyak 35 kali apabila bermain ditempat lawan.

Adakah ianya benar-benar bermasalah (bahagian pertahanan)?

Arsenal setakat ini memberi keutamaan pada barisan serangan dan tengah apabila menandatangani pemain yang memecah rekod pembelian kelab dengan menandatangani pemain Lille dengan bayaran mencecah £72 juta untuk Nicolas Pepe.

Tindakan ini dipercayai bahawa Arsenal mampu menutup kelemahan yang ada pada barisan pertahanan dengan menumpukan pada jentera serangan - the best defense is a good offense.

Arsenal musim lalu berada di tempat ketiga terbaik Liga Perdana Inggeris berdasarkan mata yang dipungut di tempat sendiri.

# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 19 18 0 1 57 12 45 54
2 Liverpool 19 17 2 0 55 10 45 53
3 Arsenal 19 14 3 2 42 16 26 45

Namun hanya mampu memungut 25 mata apabila beraksi ditempat lawan, berdasarkan rekod musim lalu dan berada dikedudukan ke-8 terbaik liga, bagi rekod keseluruhan bermain ditempat lawan.

# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 19 14 2 3 38 11 27 44
2 Liverpool 19 13 5 1 34 12 22 44
3 Tottenham Hotspur 19 11 0 8 33 23 10 33
4 Manchester United 19 9 3 7 32 29 3 30
5 Chelsea 19 9 3 7 24 27 -3 30
6 Crystal Palace 19 9 2 8 32 30 2 29
7 Leicester City 19 7 4 8 27 28 -1 25
8 Arsenal 19 7 4 8 31 35 -4 25
9 Watford 19 6 5 8 26 31 -5 23
10 Wolverhampton Wanderers 19 6 5 8 19 25 -6 23

Selain itu, Arsenal juga hanya kekurangan satu mata untuk menamatkan saingan dikalangan empat teratas liga dan ini memberi kesan terhadap belanjawan perpindahan musim panas ini setelah gagal melayakkan diri untuk saingan Liga Juara-Juara musim depan.

# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 38 32 2 4 95 23 72 98
2 Liverpool 38 30 7 1 89 22 67 97
3 Chelsea 38 21 9 8 63 39 24 72
4 Tottenham Hotspur 38 23 2 13 67 39 28 71
5 Arsenal 38 21 7 10 73 51 22 70
6 Manchester United 38 19 9 10 65 54 11 66

Arsenal sedar keperluan untuk menguatkan pertahanan pada musim panas ini, namun kesan daripada aksi buruk ditempat lawan musim lalu merencatkan sedikit dana perbelanjaan pada jendela perpindahan kali ini.

Rekod pertemuan Arsenal musim lalu ditempat lawan.
JUMLAH VENUE LAWAN KEPUTUSAN
1 A Chelsea 3:2
2 A Cardiff 2:3
3 A Newcastle 1:2
4 A Fulham 1:5
5 A Crystal Palace 2:2
6 A Bournemouth 1:2
7 A Man Utd 2:2
8 A Southampton 3:2
9 A Brighton 1:1
10 A Liverpool 5:1
11 A West Ham 1:0
12 A Man City 3:1
13 A Huddersfield 1:2
14 A Spurs 1:1
15 A Wolves 3:1
16 A Everton 1:0
17 A Watford 0:1
18 A Leicester 3:0
19 A Burnley 1:3


Dengan dana perpindahan telah hampir habis digunakan untuk membawa masuk Nicolas Pepe, Dani Ceballos, William Saliba dan Gabriel Martinelli dan tiada pemain pertahanan yang dibeli untuk digunakan musim depan, Arsenal tetap yakin mampu memberikan saingan.

Saliba kembali dipinjamkan dan hanya mampu digunakan Emery musim berikutnya, manakala tiga lagi pemain merupakan pemain yang beraksi pada posisi tengah dan serangan.

Ini menjelaskan persiapan Emery dan Arsenal untuk musim berikutnya pada bahagian pertahanan,

Pun begitu, kemasukan pemain tengah kreatif Dani Ceballos (secara pinjaman) dan Pepe, yang terkenal dengan kemampuan dan kemahirannya, Emery yakin dengan kemampuan yang dimiliki Arsenal ketika ini mampu memberi ancaman yang lebih besar dan mampu menutup kelemahan barisan pertahanan sedia ada.

Penulis merasakan Emery kali ini (untuk musim ini) bakal menampilkan lebih banyak  corak menyerang kerana the best defense is a good offense.

Bagaimanapun ianya masih belum terlambat untuk Arsenal membawa masuk untuk sekurang-kurangnya seorang pemain pertahanan baharu ketika jendela perpindahan semakin menghampiri tarikh tutup , 9 Ogos ini.

RUJUKAN : Premier Legue

Post a Comment

Previous Post Next Post