Akhbar Barcelona, Sport puji Arsenal selepas berjaya mendapatkan Pepe.

NICOLAS PEPE sah menjadi pemain Arsenal dan telah menandatantangani kontrak selama lima tahun. 

Bekas pemain Lille itu turut mencatat sejarah sebagai pemain termahal yang pernah dibeli Arsenal sepanjang zaman.

Dan pengumum Arsenal mengenai Pepe menjadi milik The Gunners bukan sahaja menggembirakan peminat dan penyokong Arsenal, malahan ianya turut mendapat liputan media antarabangsa.


Ketika The Gunners sedang sibuk melakukan persiapan akhir bagi menentang Barcelona untuk kejohanan Joan Gamper Trophy, akhbar Sport telah mendedikasikan sebuah artikel untuk kelab Utara London ini.


Wartawan Layth, yang turut merupakan peminat Arsenal telah memuatnaik beberapa halaman dari akhbar itu yang mendedikasikan laporan untuk kelab Inggeris yang berpangkalan di Utara London dan  juga mengenai perlawanan diantara The Gunners dengan kelab Catalan tersebut.

"Akhbar itu memuji Arsenal dan Unai Emery untuk kehadiran Pepe, mendakwa kedatangannya 'adalah hasil yang telah menimbulkan keghairahan yang besar di kalangan pengikutnya dan sudah pasti rangsangan yang berkesan,'" tulis wartawan tersebut di laman Twitternya.
Sementara itu, Arsenal juga dikatakan sedang berunding bersama kelab Sepanyol tersebut untuk membawa pemain mereka, Countinho secara pinjaman.

Post a Comment

Previous Post Next Post