Unai Emery faktor utama kebangkitan Arsenal dan perlu dibuktikan musim depan

BEKAS pemain The Gunners, Martin Keown percaya Unai Emery perlu membuktikan kemampuan dirinya dalam kebangkitan Arsenal musim depan.

Martin Keown percaya jurulatih Arsenal, Unai Emery harus membuktikan dirinya sebagai faktor utama bagi kebangkitan The Gunners dengan mengalahkan Chelsea dan Manchester United untuk tempat keempat musim depan (2019/20).

Emery berada dalam proses untuk membimbing The Gunners untuk menamatkan saingan liga dikalangan empat teratas dalam kempen pertamanya bagi liga bolasepak Inggeris musim lalu dan musim depan menyaksikan skuadnya diperkuatkan dengan kehadiran pemain termahal dalam sejarah pembelian kelab, Nicolas Pepe dan pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos.


Keown, yang membuat lebih 400 penampilan untuk Arsenal antara 1984 dan 2005, percaya pengalaman Emery dapat memberikan bekas pasukannya kelebihan penting dalam perebutan empat teratas liga.

"Kami melihat musim lalu bahawa Emery telah membawa Arsenal naik sedikit (kedudukan tangga liga) dan tempat keempat adalah sasaran yang realistik," katanya kepada football.london

"Saya tidak merasakan tahun ini bahawa kedudukan empat teratas telah ditentukan. Tempat keempat masih terbuka.

"Saya mengatakan demikian kerana Chelsea mempunyai apa yang kita jangka untuk menjadi pengurus yang cemerlang tetapi salah satu di mana, tidak ada yang tahu bagaimana perjalanan itu akan berakhir. Dia seorang novis, baru dalam situasi ini.

"Begitu juga dengan Solskjaer. Dia kehilangan konsistensi dengan pemain selepas permulaan yang sangat baik.

"Dalam situasi Emery, Arsenal mempunyai pengurus yang lebih berpengalaman. Chelsea telah kehilangan satu atau dua pemain. Ada pemain keluar dan masuk di United, tekanan besar untuk mereka.

"Arsenal boleh mencuri tumpuan tetapi adakah keseimbangan dalam pasukan untuk mereka? Saya meraguinya.

"Jauh dari rumah (laman sendiri) adalah 'Achilles heel' (kelemahan) tahun lepas dan tahun sebelumnya. Apabila kemenangan Arsenal di laman sendiri, kita tidak belajar apa-apa di sana. 

"Kami akan belajar apabila Arsenal menang jauh dari rumah (ditempat lawan) dan jika mereka benar-benar boleh mencabar (ditempat lawan) maka begitu pada bahagian atas liga. "

Pendapat Keown itu ada asasnya dimana jika dibandingkan dengan pengurus Chelsea yang baharu (Frank Lampard) dan juga Manchester United (Ole Gunnar Solskjær), Unai Emery dilihat mempunyai lebih banyak pengalaman disamping kejuaraan yang pernah dimiliki oleh pengendali Arsenal itu.

Dan sudah tentu ianya memberi kelebihan penting kepada Arsenal berbanding dua kelab tersebut Chelsea dan Manchester United).

Post a Comment

Previous Post Next Post