Coutinho tidak berhasrat untuk tinggalkan Barcelona.

Philippe Coutinho tidak mempunyai niat untuk meninggalkan Barcelona bagi menyertai Arsenal secara pinjaman, menurut laporan di Sepanyol.

Barcelona dilaporkan terbuka untuk menjual pemain berusia 26 tahun itu kerana dikatakan mahu memberi ruang kepada penyertaan Neymar dan juga mereka bersedia untuk menanggung kerugian setelah mengeluarkan £ 142 juta ketika bersetuju dengan Liverpool pada Januari 2018 untuk mendapatkan pemain tersebut.

Menurut Mundo Deportivo, Barca akan mempertimbangkan perjanjian pinjaman jangka panjang untuk Coutinho jika terdapat mana-mana kelab bersetuju untuk membayar bayaran sekitar €30 juta (£27.4 juta).

Namun laporan itu juga mendakwa bahawa Coutinho tidak berniat untuk meninggalkan Camp Nou dengan perjanjian sementara dan keutamaannya adalah untuk kekal di Barcelona untuk musim seterusnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post