SELEPAS berakhirnya perlawanan pertama Liga Juara-Juara dan Liga Europa, Liga Perdana Inggeris kembali menemui peminat pada lewat pagi esok, jam 3 pagi waktu Malaysia.
Perlawanan EPL minggu keenam bakal dimulakan dengan aksi Southampton yang menerima kunjungan Bournemouth.
Bagi yang tidak mengetahui, pertembungan dua pasukan itu adalah merupakan perlawanan 'south coast derby' dan sudah pasti ianya menampilkan aksi yang menarik.
Di tempat lain, Manchester City berharap dapat mengembalikan rentak kemenangan mereka dalam saingan liga apabila bertemu Watford di Etihad.
Manakala Arsenal pula bakal menerima kunjungan Aston Villa di Stadium Emirates dan perlawanan ini dilangsung serentak dengan perlawanan tumpuan liga di antara tuan rumah, Chelsea menentang Liverpool di Stamford Bridge.
Jadual perlawanan EPL minggu ini - minggu ke-6. |
Namun siapakah pemain yang menjadi tumpuan kali ini jika perlawanan tumpuan minggu ini menjadi milik Chelsea menentang Liverpool?
Berikut adalah lima pemain yang mungkin menjadi tumpuan minggu keenam Liga Perdana Inggeris.
No. 5 - Roberto Firmino
Roberto Firmino mungkin tidak berada di puncak carta bagi jumlah jaringan mahupun jumlah bantuan dihasilkan setakat ini, tetapi pemain Brazil itu memberikan kesan yang besar kepada Liverpool dalam lima penampilan Liga Perdana yang dibuatnya pada musim ini.
Pemain ini telah menjaringkan dua gol dan membantu tiga gol setakat ini selain telah memainkan peranan penting dalam permulaan Liverpool musim ini.
Pemain ini telah menjaringkan dua gol dan membantu tiga gol setakat ini selain telah memainkan peranan penting dalam permulaan Liverpool musim ini.
Saingan 2019/20 | Penampilan | Jaringan | Bantuan | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Premier League | 5 | 2 | 3 | 400' |
Champions League | 1 | - | - | 90' |
UEFA Super Cup | 1 | - | 1 | 74' |
Community Shield | 1 | - | - | 79' |
JUMLAH | 8 | 2 | 4 | 643' |
Menentang Chelsea pada hujung minggu ini, dia mungkin mengeksploitasi garis belakang Blues yang lemah dengan bergerak diantara kawasan tengah dan pertahanan lawan.
Serta melakukan tekanan terhadap pemain pertahanan Chelsea sering kali melakukan kesilapan apabila berada di bawah tekanan.
Serta melakukan tekanan terhadap pemain pertahanan Chelsea sering kali melakukan kesilapan apabila berada di bawah tekanan.
No. 4 - Tyrone Mings
Tyrone Mings mempunyai permulaan yang hebat bersama Aston Villa dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Beliau sebelum itu, menyertai Aston Villa secara pinjaman pada Januari 2019 namun melakukan perpindahan tetap pada 8 Julai 2019.
Jelas menunjukkan bahawa Aston Villa begitu mahukan khidmat pemain berusia 26 tahun ini dan ternyata usaha mereka tidak sia-sia apabila Mings begitu unggul di barisan pertahanan Villa.

Pertahanan tengah kelahiran England itu mengetuai carta dalam melakukan hadangan (blocks), clearances dan headed clearances. (rujukan Premier League Stats)
Dan menentang Arsenal hujung minggu ini sudah pasti beliau akan melakukan yang terbaik dan mempamerkan prestasi tertinggi beliau dalam membantu Villa memperolehi sekurang-kurangnya satu mata (seri tanpa bolos).

No.3 - Teemu Pukki
Salah satu kejutan musim ini ialah Teemu Pukki dari Norwich City, yang telah menjaringkan 6 gol dalam 5 perlawanan setakat ini.
Beliau turut menjaringkan gol terpenting ketika menewaskan Manchester City hujung minggu lalu.
Penyerang Finland itu akan menentang pertahanan Burnley yang telah melepaskan tujuh gol dalam saingan liga setakat ini (Burnley telah melepaskan tiga gol ketika menentang Liverpool dan dua gol ketika bertemu Arsenal).

No. 2 - Kevin De Bruyne
Manchester City mengalami kekalahan mengejut ketika menentang Norwich City hujung minggu lalu dan mahu mendapatkan kembali rentak kemenangan pada hujung minggu ini apabila mereka menghadapi Watford, yang berada di bahagian tercorot liga.
The Hornets kemungkinan besar akan bermain secara bertahan dengan berada dibelakang bola yang mana ianya akan memberikan pemain tengah City, Kevin De Bruyne lebih banyak masa dan ruang untuk mendapatkan bola serta mencipta peluang bagi serangan City.
Namun, Watford juga pasti melakukan tekanan sebagaimana mereka melakukannya ketika bertemu Arsenal minggu lalu.
Satu perlawanan yang menarik juga untuk disaksikan minggu ini.
No.1 - Tammy Abraham
Pemain muda Chelsea berusia 21 tahun telah mencuri tumpuan musim ini apabila meledakkan tujuh gol dalam lima perlawanan liga setakat ini.
Dua perlawanan pertama liga tanpa sebarang jaringan, namun beliau membuktikan kehebatan beliau setelah kembali bersama The Blues daripada tempoh pinjaman bersama Aston Villa dengan menjaringkan dua gol setiap perlawanan seterusnya dan menjaringkan hat-trick dalam perlawanan minggu lalu (menentang Wolves).
Bertemu Liverpool pada hujung minggu ini, sudah pasti kredibiliti dan kemampuan penyerang ini menjadi perhatian, adakah beliau mampu mempamerkan 'taring' ketika bertemu pasukan besar.
Special Edition
Pemain termahal Arsenal ini masih gagal menjaringkan sebarang gol dalam saingan liga setakat ini, namun telah menghasilkan satu bantuan gol ketika menentang Spurs.
Sudah pasti aksi beliau sangat-sangat dinantikan dan mahu melihat kebolehan sebenar pemain berusia 24 tahun ini.
Menentang Aston Villa hujung minggu ini, penulis merasakan bahawa beliau tetap akan diturunkan Emery walaupun baru beraksi dalam saingan Liga Europa malam tadi.
Ini kerana beliau hanya beraksi 30 minit sahaja pada perlawanan dan sudah tentu khidmat beliau akan diturunkan nanti.