Fakta-fakta menarik pertembungan Arsenal - Aston Villa.

ARSENAL menerima kunjungan Aston Villa yang ketika ini berada didalam zon penyingkiran (berada ditangga ke-18) malam ini jam 11.30 malam waktu Malaysia.


Dengan berada ditangga ke-10 liga ketika ini, Arsenal mampu melonjak ke kelompok empat teratas liga sekiranya mencatatkan kemenangan.

Bagaimanapun, Aston Villa pasti memberikan saingan kuat bagi memperbaiki kedudukan mereka pada perlawanan malam ini.

Barisan kemungkinan untuk permulaan kedua-dua pasukan.
Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai perlawanan Arsenal menentang Aston Villa:

Arsenal telah memenangi enam pertemuan terakhir menentang Aston Villa dalam semua pertandingan, merekodkan lima perlawanan tanpa bolos dalam setiap perlawanan yang menemukan mereka  untuk lima perlawanan terakhir.

6 Pertemuan Terakhir Arsenal - Aston Villa
Tarikh Perlawanan Keputusan Saingan
13 Jan 2014 Aston Villa v Arsenal W 1-2 Premier League
20 Sep 2014 Aston Villa v Arsenal W 0-3 Premier League
01 Feb 2015 Arsenal v Aston Villa W 5-0 Premier League
30 May 2015 Arsenal v Aston Villa W 4-0 FA Cup
13 Dec 2015 Aston Villa v Arsenal W 0-2 Premier League
15 May 2016 Arsenal v Aston Villa W 4-0 Premier League
22 Sep 2019 Arsenal v Aston Villa Premier League

Hanya Manchester United dan Chelsea (4) yang telah memenangi lebih banyak perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Emirates berbanding Aston Villa (3), yang mana Villa telah memperolehi kemenangan pada tahun 2008, 2011 dan 2013.


Aston Villa mempunyai rekod M1 S1 K3 dalam lima perlawanan pertama liga musim ini, rekod yang sama seperti yang dicatatkan mereka pada peringkat ini dalam kempen terakhir mereka pada musim 2015-16 yang akhirnya menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga tercorot liga.




Rekod dan Kedudukan Liga Selepas 5 Perlawanan pada musim 2015/16
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
4 Arsenal 5 3 1 1 5 3 2 10
15 Aston Villa 5 1 1 3 6 8 -2 4

Sejak permulaan musim lalu, pemain Arsenal telah membuat lebih banyak kesilapan yang membawa terus ke gol (14- error leading to goal) daripada mana-mana pasukan Liga Perdana lain.

The Gunners juga telah melepaskan ataupun membenarkan 10 gol dijaringkan lawan menerusi penalti dalam tempoh ini, berkongsi jumlah yang sama bersama Brighton.


Sekiranya Arsenal menghadiahkan penalti terhadap Aston Villa, mereka akan menjadi pasukan keempat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk menghadapi penalti dalam empat perlawanan berturut-turut, bersama Stoke (4) pada Januari 2014, Wimbledon (5) pada Ogos 1999 dan Norwich (5) pada September 2011 .


Arsenal telah membiarkan lawan mereka melakukan 96 percubaan dalam musim ini bagi saingan Liga Perdana Inggeris, paling banyak dikalangan pasukan untuk musim 2019-20.


Mesut Ozil telah terlibat secara langsung dalam enam gol bagi empat perlawanan terakhir Liga Perdana menentang Aston Villa dengan menghasilkan dua gol dan empat bantuan gol, memberikan bantuan gol dalam setiap perlawanan.


Daripada 153 pemain yang telah mencuba 30 dan lebih percubaan dalam Liga Perdana sejak penampilan Pierre-Emerick Aubameyang untuk Arsenal pada Februari 2018, penyerang Gabon itu telah mencatatkan jumlah tertinggi gol yang dihasilkan melalui percubaan yang dilakukan sebanyak 26.2%.

Hanya Mohamed Salah (39) telah menjaringkan lebih banyak daripada Aubameyang sejak penampilan liganya untuk The Gunners.

Unai Emery telah memenangi 78 mata dalam 43 perlawanan Liga Perdananya sebagai pengurus Arsenal setakat ini; jumlah yang sama seperti Arsene Wenger yang memenangi 43 perlawanan terakhir Liga Perdana di kelab sebagai pengurus The Gunners.



Post a Comment

Previous Post Next Post