ARSENAL perlu bangkit dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas aksi mengecewakan bertemu Watford.
Walaupun berjaya mencatatkan kemenangan ketika saingan Liga Europa beberapa hari lalu, namun sebelum itu, Arsenal dalam saingan liga mendahului Watford 2-0 sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2.
The Gunners kembali ke Emirates minggu ini menentang Aston Villa yang baru di'promote'kan ke saingan Liga Perdana musim ini.
Sekiranya anak buah Emery berjaya bangkit dalam perlawanan ini, mungkin musim ini mampu memberikan sesuatu yang menarik dalam perebutan kejuaraan liga.
Aston Villa bergelut ketika ini setelah kembali ke Liga Perdana dengan hanya mengumpul empat mata dalam lima perlawanan dan berada ditangga ke-18 liga.
Aston Villa bergelut ketika ini setelah kembali ke Liga Perdana dengan hanya mengumpul empat mata dalam lima perlawanan dan berada ditangga ke-18 liga.
Perlawanan terakhir liga Villa setakat ini menyaksikan mereka gagal menewaskan West Ham yang beraksi dengan 10 pemain pada hari Selasa lalu selepas kalah kepada Crystal Palace sebelum rehat antarabangsa.
Mereka perlu mendapatkan beberapa mata menentang pasukan teratas selepas kehilangan mata dalam beberapa perlawanan yang dianggap boleh dimenangi mereka.
Sudah tentu bertemu Arsenal malam ini mereka mahukan yang terbaik daripada keputusan perlawanan.
Sudah tentu bertemu Arsenal malam ini mereka mahukan yang terbaik daripada keputusan perlawanan.
Perkembangan Pasukan
Arsenal kehilangan khidmat penyerang utama, Alexandre Lacazette yang mengalami kecederaan buku lali.
Hector Bellerin dan Kieran Tierney kedua-duanya mungkin direhatkan pada perlawanan ini selepas bermain untuk pasukan Bawah 23 tahun Arsenal, Jumaat baru ini.
Khidmat Kolasinac juga diragui untuk perlawanan malam ini selepas mengalami sedikit kecederaan ketika mengalahkan Frankfurt.
Manakala Villa pula terpaksa melupakan khidmat penyerang mereka, Jonathan Kodjia dan pertahanan tengah, James Chester.
Namun, mereka menerima berita gembira dengan kehadiran Matt Targett yang kini pulih dari kecederaan paha yang dialaminya.
Pemain Tumpuan
Arsenal: Pierre-Emerick Aubameyang
Salah seorang pemain Arsenal yang paling menyerlah pada perlawanan menentang Watford adalah Aubameyang.
Beliau menjaringkan dua gol untuk memberikan Arsenal mendahului dua gol sehingga tamat separuh masa perlawanan menentang Watford.
Dua gol itu juga merupakan gol keempat dan kelima peribadi beliau musim ini serta beliau telah menjaringkan lima daripada lapan gol liga Arsenal musim ini dan 10 gol dalam 10 perlawanan liga terakhirnya.
Sememangnya beliau adalah salah seorang penyerang terbaik dalam liga dan Arsenal memerlukan golnya pada malam ini.
Arsenal setakat ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mampu untuk berada dalam keadaan bertahan ataupun mempertahankan kelebihan, jadi mereka perlu menjaringkan lebih banyak gol.
Dan Aubameyang adalah satu-satunya harapan dan cara yang ada buat Arsenal untuk mencipta kemenangan ataupun jaringan gol setelah ketiadaan Lacazette.
Dan Aubameyang adalah satu-satunya harapan dan cara yang ada buat Arsenal untuk mencipta kemenangan ataupun jaringan gol setelah ketiadaan Lacazette.
Aston Villa: John McGinn
Bahagian tengah Arsenal bagaikan hilang punca pada perlawanan minggu lepas dan seorang pemain tengah yang sibuk seperti McGinn mampu memberikan kesan kepada The Gunners serta mampu mengecewakan Emery.
Beliau mengetuai Villa dalam senarai percubaan yang dilakukan dan merupakan pemain tunggal mereka yang memiliki kedua-dua gol dan bantuan gol.
Sekiranya Villa mahukan kemenangan, ia akan terjadi sekiranya mereka memenangi pertarungan pada bahagian tengah.
Dan McGinn perlu bermain pada prestasi tertingginya untuk membolehkan perkara itu berlaku (memenangi perlawanan).
Ramalan dan kesebelasan utama
Arsenal adalah pasukan yang lebih baik ketika beraksi dilaman sendiri berbanding ditempat lawan, jadi mereka sepatutnya dapat memenangi perlawanan malam ini.
Walaupun mempamerkan aksi yang tidak meyakinkan setakat ini, namun mereka sepatutnya cukup kuat untuk mengalahkan Villa.
Jika tidak... sesuatu harus dilakukan dengan segera.
Walaupun mempamerkan aksi yang tidak meyakinkan setakat ini, namun mereka sepatutnya cukup kuat untuk mengalahkan Villa.
Jika tidak... sesuatu harus dilakukan dengan segera.
Kesebelasan permulaan (jangkaan)
Arsenal - Aston Villa
Ramalan Keputusan: 3-1 Arsenal menang!