Fakta menarik perlawanan Manchester United menentang Arsenal

PASUKAN manakah lebih baik untuk memenangi perlawanan kali ini?



Masing-masing bersemangat untuk menyaksikan kehebatan pasukan kegemaran beraksi selepas kesemua pasukan lain telah pun mengharungi perlawanan ke-7 liga.

Peminat dan pengkritik sama-sama berharap untuk permainan menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan turut ada menantikan peluang 'membahan' peminat dan penyokong pasukan yang akan mengalami kekalahan malam ini/awal pagi esok. 

Ole Gunnar Solskjær dan Unai Emery sudah tentu akan melakukan yang terbaik untuk memotivasikan pemain mereka dan memenangi perlawanan yang seterusnya akan memperbaiki kedudukan dalam saingan liga ketika ini.

Dengan Manchester United berada di tangga ke-11 dan Arsenal ditangga ke-8 liga, sudah tentu perlawanan di Old Trafford menjanjikan sesuatu yang menarik.

KEDUDUKAN LIGA SETAKAT INI
Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
1 Liverpool 7 7 0 0 18 5 +13 21
2 Manchester City 7 5 1 1 27 7 +20 16
3 Leicester City 7 4 2 1 13 5 +8 14
4 West Ham United 7 3 3 1 10 9 +1 12
5 Tottenham Hotspur 7 3 2 2 14 9 +5 11
6 Chelsea 7 3 2 2 14 13 +1 11
7 Bournemouth 7 3 2 2 13 12 +1 11
8 Arsenal 6 3 2 1 11 10 +1 11
9 Crystal Palace 7 3 2 2 6 7 −1 11
10 Burnley 7 2 3 2 10 9 +1 9
11 Manchester United 6 2 2 2 8 6 +2 8
12 Sheffield United 7 2 2 3 7 7 0 8
13 Wolverhampton Wanderers 7 1 4 2 9 11 −2 7
14 Southampton 7 2 1 4 7 11 −4 7
15 Everton 7 2 1 4 6 12 −6 7
16 Brighton & Hove Albion 7 1 3 3 5 10 −5 6
17 Norwich City 7 2 0 5 9 15 −6 6
18 Aston Villa 7 1 2 4 8 11 −3 5
19 Newcastle United 7 1 2 4 4 13 −9 5
20 Watford 7 0 2 5 4 20 −16 2

Bukan sahaja untuk memperbaiki kedudukan, malahan perseteruan diantara kedua-dua kelab ini juga menjadi faktor penting yang akan menentukan kejayaan dan memberikan aksi terbaik pada perlawanan kali ini.


Siapakah yang akan menang pada akhirnya, adakah ianya Manchester United ataupun Arsenal?



Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai perlawanan ini.

Manchester United tidak terkalahkan dalam 12 perlawanan terakhir Liga Perdana mereka menentang Arsenal di Old Trafford (M8 S4 K0) sejak mengalami kekalahan 1-0 pada September 2006.


➽ Arsenal berhasrat mahu merekodkan kemenangan Liga Perdana berturut-turut ke atas Man Utd buat kali pertama sejak memenangi kedua-dua perlawanan dalam kempen 2006-07.

Man.United vs Arsenal head-head 3 perlawanan terakhir liga.
29 Apr 2018 Manchester United v Arsenal W 2-1 Premier League
05 Dec 2018 Manchester United v Arsenal D 2-2 Premier League
10 Mar 2019 Arsenal v Manchester United L 2-0 Premier League
30 Sep 2019 Manchester United v Arsenal Premier League

➽ Ketiga-tiga kemenangan Liga Perdana Inggeris Arsenal ke atas Manchester United telah berlangsung pada hari yang berbeza dalam seminggu (Rabu, Sabtu dan Ahad).

➽ Ini merupakan pertemuan ketiga Liga Perdana diantara The Gunners dengan Red Devils pada hari Isnin (waktu UK), seri 1-1 pada Januari 2000 dan kalah 0-1 pada Disember 2010. 

➽ Arsenal telah mengambil satu dan menghadapi empat penalti dalam empat  perlawanan terakhir mereka bagi saingan Liga Perdana serta boleh menjadi pasukan keenam dalam sejarah liga untuk melihat penalti yang diberikan dalam lima perlawanan berturut-turut.

➽ Musim ini, Man Utd telah memenangi paling banyak (4) penalti dan Arsenal telah menghadapi paling banyak (4) sepakan penalti dalam pertandingan.

Rekod pasukan menerima sepakan penalti.
# Team Penalties
received
Scored Missed Goal rate
1 Manchester United 4 2 2 50 %
2 Manchester City 2 2 0 100 %
3 Tottenham Hotspur 1 1 0 100 %
4 Wolverhampton Wanderers 1 1 0 100 %
5 Liverpool FC 1 1 0 100 %
6 AFC Bournemouth 1 1 0 100 %
7 Arsenal FC 1 1 0 100 %
8 Chelsea FC 1 1 0 100 %
9 Southampton FC 1 1 0 100 %
10 Crystal Palace 1 1 0 100 %
11 Watford FC 1 1 0 100 %
12 West Ham United 1 1 0 100 %

Rekod pasukan yang menghadapi penalti.
# Pasukan Jumlah penalti
dihadapi
Gagal selamatkan
penalti
Berjaya selamatkan
penalti
1 Arsenal FC 4 4 0
2 Manchester United 4 2 2
3 Watford FC 3 3 0
4 Chelsea FC 2 2 0
5 Manchester City 2 2 0
6 West Ham United 2 2 0
7 Aston Villa 2 2 0
8 AFC Bournemouth 2 2 0
9 Crystal Palace 2 1 1
10 Wolverhampton Wanderers 2 1 1
11 Leicester City 1 1 0
12 Southampton FC 1 1 0
13 Norwich City 1 1 0
14 Liverpool FC 1 1 0
15 Burnley FC 1 1 0
16 Tottenham Hotspur 1 1 0
17 Brighton & Hove Albion 1 1 0

➽ Manchester United telah mengalami tiga kekalahan dalam enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka (M2 S1), sama banyak yang pernah mereka lakukan pada 52 perlawanan sebelumnya di Old Trafford (W32 D17 L3).

➽ Manchester United mengalami kekalahan dalam perlawanan liga terakhir mereka menentang kelab London (1-2 vs Crystal Palace) - mereka tidak pernah kalah di tempat sendiri berturut-turut menentang pasukan dari London sejak Disember 2001 (ketika kalah berturut-turut menentan kelab London, Chelsea dan West Ham).

➽ Arsenal telah bolos sekurang-kurangnya dua kali dalam setiap empat perlawanan Liga Perdana mereka yang terakhir - mereka belum pernah melepaskan 2 gol dalam lima perlawanan berturut-turut sejak Ogos 1985.

24 August 2019 Liverpool 3–1 Arsenal
1 September 2019 Arsenal 2–2 Tottenham Hotspur
15 September 2019 Watford 2–2 Arsenal
22 September 2019 Arsenal 3–2 Aston Villa

➽ Ole Gunnar Solskjær mengalami kekalahan pertamanya menentang Arsenal selaku pengendali Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, dengan hanya tiga pengurus Man Utd yang mengalami dua kekalahan liga pertama mereka terhadap Gunners - James West (1900), Tommy Docherty (1973) dan Dave Sexton (1977/78 ).

➽ Jesse Lingard telah menjaringkan empat gol untuk Manchester United ketika menentang Arsenal dalam semua pertandingan, lebih daripada apa yang dia jaringkan ketika menentang mana-mana pasukan lain untuk Red Devils.


➽ Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang telah menjaringkan 13 gol dalam 13 perlawanan terakhirnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris, dengan enam gol dijaringkan beliau untuk enam perlawanan pertama liga  musim ini merupakan yang terbanyak direkodkan oleh pemain Arsenal sejak Emmanuel Adebayor pada 2007-08 (juga enam gol).

Post a Comment

Previous Post Next Post