MALAYSIA mengatasi Indonesia 3-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Perlawanan malam tadi terpaksa dihentikan hampir 10 minit pada separuh masa kedua selepas penyokong tuan rumah bertindak meluru ke arah penyokong Malaysia termasuk melontar suar.
Perlawanan dihentikan seketika tadi selepas beberapa penyokong #IDN 🇲🇨 cuba memasuki kawasan penyokong #MAS 🇲🇾. Suasana menjadi sedikit tegang. #HarimauMalaya #WCQ #AsianQualifiers #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/MijXzZ5IFZ— Team Malaysia (@TeamMsia) September 5, 2019
Sebelum itu, kehadiran penyokong Malaysia ke Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta turut dicemari dengan sambutan yang tidak diingini apabila penyokong tuan rumah bertindak membaling batu ke arah para penyokong Malaysia yang mula memasuki perkarangan stadium.
Dalam aksi penuh hangat malam tadi, skuad kendalian Tan Cheng Hoe terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pemain tertua dalam skuad Indonesia, Alberto Goncalves yang berusia 38 tahun pada minit ke-11 selepas menolak mudah lorongan cantik Saddil Ramdani.
Kesebelasan utama skuad Malaysia malam tadi. |
Bagaimanapun, percaturan pengendali Harimau Malaya yang memasukan Muhamadou Sumareh pada minit ke-36 menggantikan Muhammad Hadin membuahkan hasil apabila menjaringkan gol penyamaan hanya seminit selepas dimasukkan (minitke-37).
Pun begitu, kegembiraan para penyokong Malaysia tidak bertahan lama apabila Garuda kembali di depan dengan gol menerusi jaringan penyerang naturalisasi Indonesia sekali lagi, Goncalves yang merembat deras hantaran Andik Vermansah dari luar kotak penalti dua minit kemudian.
Tidak mudah berputus asa, Harimau Malaya kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-65 apabila Muhammad Syafiq Ahmad bijak menyelinap untuk menanduk masuk hantaran Muhamad Safawi Rasid.
Semangat anak buah Tan Cheng Hoe semakin membara selepas itu apabila sering kali mencemaskan pintu gol Indonesia menerusi beberapa percubaan.
Selepas terlepas beberapa percubaan dan peluang terbaik untuk 'membunuh' Garuda, akhirnya Sumareh membuktikan kecemerlangannya dengan meledak jaringan peribadi keduanya pada masa kecederaan selepas menerima hantaran Matthew Davies bagi memastikan Malaysia meraih tiga mata penting dalam perlawanan malam tadi.
What a performance by Sumareh and co.— Ordinary Genius (@OrdinaryGenius_) September 5, 2019
A poor 1st half but the whole team turned up in the 2nd.#HarimauMalaya #indonesiavsmalaysia #malaysia pic.twitter.com/pAijqjK3C5
Tidak mampu menerima kekalahan, penyokong Garuda mencetuskan kekecohan sejurus perlawanan tamat dengan beberapa insiden tidak sepatutnya berlaku dalam era kemodenan bolasepak dan dunia.
Berikut adalah beberapa insiden sebelum dan selepas perlawanan malam tadi.
Tidak pasti Corteo F*ck You Loser ini ditujukan kepada siapa 😝 |
— Vignes (@vignesagni) September 5, 2019
Tiga jam sebelum pertandingan Timnas Indonesia vs Malaysia, para suporter Malaysia mulai berdatangan ke kawasan Stadion Utama GBK. Mulai dari Polri hingga TNI, telah dikerahkan dan disiapkan di dalam kompleks stadion. #TopNews https://t.co/AKtto5iR11 pic.twitter.com/VAvc6Tfxeg— kumparan (@kumparan) September 5, 2019
Malaysia fans were all escorted by the #polisiindonesia. We are all safe.#indonesiavsmalaysia #gbk #malaysia #WorldCupqualifiers pic.twitter.com/4MJYY1NcF1— Vignes (@vignesagni) September 5, 2019
The moment the final whistle blew. Indonesian extremes blocking #malaysia fans from exiting.#TimnasIndonesia #indonesiavsmalaysia pic.twitter.com/AcgMpRhp8E— Vignes (@vignesagni) September 5, 2019
@footballdaily after malaysia vs indonesia world cup qualification game .Player need to ride armour vehicle to go back to hotel pic.twitter.com/5XMvF7z7CK— MrResidents (@MrResidents) September 5, 2019
The moment when the heroic #polisiindonesia secured the area from trouble.— Vignes (@vignesagni) September 5, 2019
Terima kasih Pak!#indonesiavsmalaysia #malaysia #AsianQualifiers #TimnasIndonesia pic.twitter.com/CjyBKKqZKE
#NSTvisuals: Indonesian authorities on standby as local fans converge at the #GeloraBungKarno stadium in #Jakarta ahead of the match against #Malaysia. Fans are not allowed to enter the stadium before 6pm local time. 📸 NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN#WorldCup2022 #IndonesiavsMalaysia pic.twitter.com/E2riCdXt1Q— New Straits Times (@NST_Online) September 5, 2019
YB Menteri pun....
Sebentar tadi saya bersama penyokong2 Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi,botol & suar dicampak kpd kami beberapa kali. pic.twitter.com/BxKscJvXsq— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 5, 2019
Sabar bang...sabar...tapi geram jugak kalau macam ni...
thank you indonesia.. Salam 2-3 🇲🇾 pic.twitter.com/C1J28ux5JX— zulfadzlimazzamudin (@zulfadzlimzzmdn) September 5, 2019
Syabas Malaysia..!!