Penjelasan Mkhitaryan yang mana beliau tidak mempunyai banyak pilihan menyertai Roma.

PERPINDAHAN Mkhitaryan ke AS Roma berlaku pada saat-saat akhir penutupan jendela perpindahan musim panas dan selepas beraksi dalam derby Utara London.



Henrikh Mkhitaryan telah mengakui peluang untuk meninggalkan Arsenal hanya timbul selepas derby Utara London pada hari Ahad menentang Tottenham.

Namun beliau telah menjelaskan dengan terperinci mengapa dia tidak mempunyai banyak pilihan dalam perpindahan tersebut - menyertai AS Roma.
Mkhitaryan (Miki) muncul sebagai pemain gantian pada babak kedua bersama Arsenal dalam perlawanan berkesudahan seri 2-2 menentang Tottenham pada hari Ahad, namun masih gagal memikat pengendali pasukan, Unai Emery.

Walaupun menyertai Roma secara pinjaman, namun terdapat sedikit kekeliruan mengenai kontrak tersebut dengan ada laporan mengatakan bahawa ianya mempunyai klausa untuk Roma wajib membelinya sekiranya menggunakan Miki sebanyak 25 kali dan ada juga laporan yang mengatakan tiada klausa tersebut.

The Italian side have an option to sign Mkhitaryan permanently next summer, having splashed €3 million as a loan fee, with another €100,000 potentially set to be added on depending on his performances.
-- Mirror 

The loan deal won’t have an option, or obligation, to buy, and the Armenian will move back to Arsenal in July next year.


Bagaimanapun, Mkhitaryan memberi penjelasan dimana perpindahan beliau itu adalah merupakan perkara positif, selain turut menjelaskan dimana beliau tidak mempunyai banyak pilihan untuk berpindah ke Serie A.

Mkhitaryan, 30, telah memulakan (bermula dalam kesebelasan utama) hanya satu daripada empat perlawanan Liga Perdana untuk Arsenal musim ini dan mengatakan tawaran untuk menjadi pemain tetap dengan peluang beraksi lebih kerap menjadi punca mengapa beliau sedia berpindah ke Serie A.

"Semuanya berlaku pada hari terakhir sejurus selepas perlawanan (menentang) Tottenham saya mendapat panggilan dari ejen saya." jelas Mkhitaryan.

"Dia memberitahu saya bahawa saya perlu terbang ke Rom pada keesokan harinya untuk menjalani ujian perubatan dengan pasukan dan juga menandatangani kontrak.

"Ia adalah satu peluang yang baik untuk saya kerana saya tidak mendapat banyak masa bermain."

Roma dipercayai membayar yuran pinjaman sebanyak £2.75 juta untuk pemain berusia 30 tahun itu, dan perpindahan tersebut mungkin melegakan bekas bintang Arsenal, Nigel Winterburn.

Winterburn sebelum ini meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya mengenai Mkhitaryan dimana menyarankan Arsenal agar menjual pemain itu pada jendela perpindahan musim panas.

Ini kerana situasi pemain tersebut tidak akan menjadi lebih baik sekiranya kekal bersama Arsenal memandangkan prestasi beliau dikatakan tidak begitu memuaskan selain pemain The Gunners yang mengalami kecederaan kembali pulih dan pasti menyukarkan peluang Miki untuk beraksi.

Arsenal should look to sell Mkhitaryan to a European team this transfer window,” Winterburn told sportingbet.

When everyone is back fit for Arsenal, Mkhitaryan is going to struggle to get any game time at all during the season.

Mkhitaryan looks a frustrated figure, nothing seems to be working out for him on the pitch – his passes are misplaced, his shooting is off and he can’t beat his man.

His performance against Newcastle on the opening game of the season wasn’t good enough, especially when you’re playing at the highest level.

No doubt, Mkhitaryan is a talented player but he’s going to struggle to hold down a regular position when everybody’s fit.

Post a Comment

Previous Post Next Post