Jurgen Klopp The Head Banging Manager - dari pandangan seorang peminat dan pembaca MyGooners.

Tulisan ini adalah pandangan seorang peminat Arsenal yang meminati bolasepak dan ianya diterbitkan di Mygooners dengan izin tuan badan.



Pun begitu, tulisan ini awal-awal lagi (sebagai mukadimah) telah memaklumkan bahawa ianya bukanlah untuk bacaan para peminat dan penyokong Arsenal.

Anda boleh sahaja tidak bersetuju, namun nasihat kami, adalah elok membacanya dengan berlapang dada dan jika terdapat cacian dan makian, seharusnya ditujukan kepada kami, MyGooners.

Berikut adalah tulisan beliau yang menarik untuk dibaca dan dikongsikan.

Jurgen Norbert Klopp pengurus dari Stuttgart Jerman telah dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Tahunan Fifa 2019

Selepas Tun Arsene Wenger, Jurgen Klopp adalah pengurus pasukan kedua yang aku sanjung. Bukan sebab dia power bawa Liverpool menang UCL. 

Sebabnya, dia ada passion yang gila terhadap bola sepak sejak di Jerman lagi, dia natural talented dengan pengurusan dan taktikal bola sepak. 

Pada aku dia bukan peduli pasal data dan lain² bullshit managerial masa kini, dia hanya punya Passion terhadap bola sepak dengan Gegenpressingnya.

Aku sedikit terkilan dan sakit hati dengan Borussia Dortmund yang tak mengenang jasa Klopp sebagai pengurus yang memecah dominasi Bayern Munich dengan memenangi Bundesliga 2 tahun berturut² pada tahun 2010/11 dan 2011/12, juga menang DFB Pokal, seterusnya membawa BVB ke pentas final UCL 2013. 

Bilamana BVB tidak lagi cemerlang pada tahun berikutnya mereka terus menuding jari kearah Klopp. Dasar pengurusan kelab bangang, dia jual pemain tapi nak menang piala. 

Selepas meletakkan jawatan di Borussia Dortmund pada 2015, Klopp kata dia nak berehat panjang dari bola sepak, mungkin setahun atau lebih dari itu.

Masa ini juga Arsenal tengah berantakan dengan prestasi Wenger. Jujurnya masa tu aku berharap pengurusan Arsenal membawa masuk Klopp menggantikan Wenger. 



Ya, pada aku dia sajalah pengurus yang boleh ambil alih Arsenal dari Wenger. Sebab masa tu Arsenal dan BVB macam sama saja cara permainan dan pemain mereka, bermain bola sepak "cantik". 


Walaupun dia pernah cakap BVB main Heavy Metal dan Arsenal main Classical, namun kedua² nya nyata main "Art". 

Klopp buat game tu cantik sebab dia berani dan percaya. Dia perjudikan dua elemen ni untuk dapatkan permainan yang cantik. 


Bukannya macam Pep Guardiola yang copy ori Wengerball kemudian labur ratus juta atas pemain lepas tu claim power dengan taktikal Juego Di Pocision.


Klopp ni lain, selepas Wenger, dialah rahmat kepada bola sepak inggeris. Dia tak perlu pakai kemas² macam pengurus lain, sebab dia manage pasukan bola, bukannya manage bisnes saham. 

Bila kita tengok dia merendahkan diri dia dengan berpenampilan "sporty" bukannya "bossy" kita tahu dia punya passion adalah bola sepak. 

Bila aku dapat tahu yang Klopp akan join Liverpool tahun 2015 lalu, dalam hati aku kata "Shit! Liverpool akan bangkit bagai Phoenix bangkit dari abu!". 


Walaupun mewarisi skuad yang agak fucked tinggalan Brendan Rodgers, tapi oleh kerana passion yang ada pada Klopp hari ini Liverpool berdiri dengan megah.

Tahun pertama Klopp di Melwood sudah ada penyokong Liverpool yang bangang mahu Klopp dipecat. 

Punya lah bodoh mengharapkan result yang instant dengan skuad tinggalan Rodgers yang tempang. Untungnya Liverpool kerana Klopp hanya bekerja untuk bola sepak dan membullshitkan perkara remeh. 

Hasilnya dalam masa tiga tahun progressnya sangat memberangsangkan. Inilah dia pengurus bola sepak yang sebenar, yang kita mahu tengok apa magis dia boleh buat dengan bola sepak. 

Bukanlah dengan mengharapkan magis duit seperti Mourinho atau magis Data seperti Pep.

Kalau Liverpool buat pe'el macam BVB yang tak kenang jasa Klopp ni, memang setan berayuk lah.

Jurgen Norbert Klopp satu lagi rahmat bola sepak seluruh alam.


Kredit tulisan asal: Niv

Post a Comment

Previous Post Next Post