Penyerang yang cuba merompak Ozil dan Kolasinac akhirnya didakwa

DALAM tak sedar, kisah serangan terhadap dua pemain Arsenal, Mesut Ozil dan Sead Kolasinac kini sudah memasuki mahkamah.


Ozil dan Kolasinac disasarkan dalam kejadian di Platts Lane, Hampstead, utara-barat London pada 25 Julai lalu.

Dan terkini, pihak berkuasa telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan pertuduhan terhadap Ashley Smith, 30, dan Jordan Northover, 26 telah pun dibuat.

Kedua-dua lelaki tersebut telah dituduh cuba merompak dan mengancam seseorang dengan menyerang  menggunakan senjata berbahaya di kawasan awam.
Smith berasal dari Cardinals Way, utara London, turut menghadapi tuduhan tambahan penggunaan  bahan terlarang iaitu ganja dan telah direman dalam tahanan.

Tertuduh (Smith) dijangka  hadir di Snaresbrook Crown Court pada hari Khamis 3 Oktober manakala seorang lagi tertuduh, Northover, dari West Yorkshire, dijangka hadir di Mahkamah Majistret Highbury Corner menerusi pautan video pada hari Rabu.

Kolasinac dan Ozil terlepas aksi permulaan Liga Perdana musim ini ekoran kebimbangan terhadap keselamatan mereka selepas kejadian itu, namun kini mula kembali beraksi bersama pasukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post