Kisah duka dan mengaibkan Malaysia, matinya bolasepak negara sebelum bangkit kembali.

DETIK hitam bolasepak Malaysia apabila mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah, tumpas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).



Beraksi di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi empat tahun lalu (3 September 2015) dalam perlawanan kelayakan pusingan kedua Kumpulan A, Piala Dunia 2018 Zon Asia, skuad kebangsaan dimalukan UAE dengan jaringan yang amat besar sekali.

Kekalahan 10-0 itu merupakan kekalahan terbesar yang pernah dicatatkan skuad Harimau Malaya sepanjang zaman, setelah kali terakhir pada (kira-kira) 50 tahun dahulu tewas 8-2 dalam perlawanan persahabatan menentang New Zealand di Kuala Lumpur.

Tahun 2015 boleh dikatakan tahun yang ingin dilupakan oleh peminat bolasepak Malaysia mahupun pengendali pasukan ketika itu, Dollah Salleh apabila menyaksikan detik hitam melanda skuad kebangsaan sepanjang tahun itu.

Dollah Salleh, pengendali skuad Harimau Malaya 2014–2015
Dollah Salleh dilantik menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya menggantikan Ong Kim Swee (interim) pada Jun 2014, namun memulakan tugas rasminya pada Julai tahun itu setelah menandatangani kontrak untuk tempoh dua tahun.

Beliau ketika itu mengakui bahawa tugas tersebut (Ketua Jurulatih Kebangsaan) bukanlah sesuatu yang mudah kerana pada tahun ataupun musim itu, boleh dikatakan kebanyakkan pemain pemain mempunyai kecenderungan tidak mahu menyarung jersi kebangsaan dan lebih mengutamakan bermain untuk kelab kerana menerima bayaran yang lebih tinggi.

Perlawanan pertama kompetitif beliau dalam mengendalikan pasukan Harimau Malaya adalah menentang Tajikistan ditempat lawan pada 8 Ogos 2014, namun menerima kekalahan kepada pasukan yang sedikit lebih baik dari segi kedudukan FIFA tahun itu.



*Malaysia rangking ke-151 pada Julai 2014 (rujukan FIFA) manakala Tajikistan diranking ke-124 (sumber FIFA).

Daripada enam perlawanan persahabatan ataupun persediaan dalam menghadapi Kejohanan AFF 2014, skuad Harimau Malaya hanya berjaya mencipta satu kemenangan selain kalah dalam baki lima perlawanan yang lain.

Rekod perlawanan persahabatan Harimau Malaya sebelum beraksi dalam kejohanan AFF 2014.
Jumlah Perlawanan 6
Menang 1
Seri 0
Kalah 5
Jumlah Jaringan 6
Jumlah Bolos 13


Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan yang dikendalikan oleh Dollah Salleh sebelum memulakan aksi dalam saingan Kejohanan AFF 2014.


Tarikh Lawan Keputusan Venue Saingan
8-Aug Tajikistan 1–4 Kalah Pamir Stadium, Dushanbe Away Persahabatan
14-Sep Indonesia 0–2 Kalah Gelora Delta Stadium, Sidoarjo Away Persahabatan
20-Sep Cambodia 4–1 Menang Shah Alam Stadium, Shah Alam, Selangor Home Persahabatan
12-Nov Syria 0–3 Kalah Shah Alam Stadium, Shah Alam, Selangor Home Persahabatan
16-Nov Vietnam 1–3 Kalah Mỹ Đình National Stadium, Hanoi Away Persahabatan

Kejohanan AFF 2014
Sebelum Harimau Malaya dan Dollah Salleh memulakan aksi dalam Kejohanan AFF 2014, beliau telah pun dikecam ekoran prestasi buruk dalam siri perlawanan persahabatan terutama ketika menentang Syria, apabila mengalami kekalahan 0-3.

‘Dollah apa kau buat?’ - Harian Metro, 13 November 2014.
Walaupun keputusan teruk dicatatkan Dollah Salleh bersama Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan namun beliau hampir-hampir mencipta sejarah untuk menjulang pasukan kebangsaan muncul juara buat kali kedua bagi kejohanan tersebut.

Selepas tewas 2-0 pada aksi pertama perlawanan akhir AFF 2014 yang dilangsungkan di Stadium Rajamangala, Bangkok, Harimau Malaya bangkit pada perlawanan kedua (timbal balik) di Bukit Jalil.

Namun kegagalan mengekalkan fokus dan prestasi pada separuh masa kedua perlawanan akhir kedua (selesa mendahului Thailand 3-0), akhirnya meranapkan impian peminat untuk melihat Malaysia menjuarai buat kali kedua setelah pelawat menjaringkan dua gol dalam masa lima untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-2 dan 3-4 secara aggregate.

Kedudukan Kumpulan B AFF 2014
Pasukan P M S K J B +/- Mata
Thailand 3 3 0 0 7 3 +4 9
Malaysia 3 1 1 1 5 4 +1 4
Singapore 3 1 0 2 6 7 −1 3
Myanmar 3 0 1 2 2 6 −4 1

Dan prestasi Harimau Malaya pada kejohanan itu sememangnya boleh dibanggakan apabila muncul Naib Juara edisi ke-11 Kejohanan AFF serta memperbaiki pencapaian skuad negara pada edisi terdahulu, yang mana sekadar menamatkan saingan di tempat ke-4.

Keputusan Perlawanan Harimau Malaya AFF 2014
Tarikh Lawan Keputusan Venue Saingan
23-Nov Myanmar 0–0 Seri Jalan Besar Stadium Away 2014 AFF Championship
26-Nov Thailand 2–3 Kalah Jalan Besar Stadium Away 2014 AFF Championship
29-Nov Singapore 3–1 Menang National Stadium, Singapore Away 2014 AFF Championship
7-Dec Vietnam 1–2 Kalah Shah Alam Stadium, Shah Alam Home 2014 AFF Championship
11-Dec Vietnam 4–2 Menang Mỹ Đình National Stadium, Hanoi Away 2014 AFF Championship
17-Dec Thailand 0–2 Kalah Rajamangala Stadium, Bangkok Away 2014 AFF Championship
20-Dec Thailand 3–2 Menang National Stadium, Bukit Jalil Home 2014 AFF Championship

Rekod Malaysia dalam Kejohanan AFF
Tuan Rumah Tahun Pusingan Kedudukan
Singapura 1996 Naib Juara 2/10
Vietnam 1998 Peringkat Kumpulan 6/8
Thailand 2000 Tempat ke-3 3/9
Indonesia / Singapore 2002 Tempat ke-4 4/9
Vietnam / Malaysia 2004 Tempat ke-3 3/10
Singapore / Thailand 2007 Tempat ke-4 4/8
Indonesia / Thailand 2008 Peringkat Kumpulan 5/8
Indonesia / Vietnam 2 2010 Juara 1/8
Malaysia / Thailand 2012 Tempat ke-4 4/8
Singapore / Vietnam 2014 Naib Juara 2/8
Myanmar / Philippines 2016 Peringkat Kumpulan 5/8
Association of Southeast Asian Nations 2018 Naib Juara 2/10

Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 - Pusingan Kedua AFC
Selepas memberikan harapan kepada penyokong dengan muncul naib juara dalam saingan  Kejohanan AFF, skuad Harimau Malaya terus diletakkan harapan untuk mampu memberi saingan dalam kelayakan Piala Dunia 2018.

Disini bermulalah detik hitam dalam karier pengurusan / ketua jurulatih kebangsaan buat Dollah Salleh dan juga peminat bolasepak negara.

Sebelum memulakan aksi Kelayakan Piala Dunia Asia - Pusingan Kedua AFC, Harimau Malaya terlebih dahulu beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan, termasuklah menentang kelab Inggeris, Tottenham Hotspur pada 27 Mei 2015.

Keputusan perlawanan persahabatan 2015
Tarikh Lawan Keputusan Venue Saingan
26-Mac-2015 Oman 0–6 Kalah Al-Seeb Stadium Persahabatan
27-Mei-2015 Tottenham Hotspur 1–2 Kalah Stadium Shah Alam 2015 AIA Cup
6-Jun-2015 Hong Kong 0–0 Seri Stadium Shah Alam Persahabatan

Dan bermulanya aksi kelayakan itu, ianya sekali lagi mengundangkan kemarahan para penyokong Harimau Malaya yang nyata tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan kendalian Dollah Salleh.

Beliau bersama Harimau Malaya hanya mencatatkan seri satu perlawanan daripada tiga perlawanan yang seterusnya menyaksikan Dollah Salleh meletak jawatan.

Keputusan Kelayakan Piala Dunia Asia Kumpulan A 
Tarikh Perlawanan Keputusan
11 Jun 2015 Malaysia vs Timor Leste 1 – 1
16 Jun 2015 Palestin vs Malaysia 0 – 6
3 Sept 2015 UAE vs Malaysia 10 – 0
8 Sept 2015 Malaysia vs Arab Saudi 0 – 3
13 Okt 2015 Timor Leste vs Malaysia 0 – 1
12 Nov 2015 Palestin vs Malaysia 6 – 0
17 Nov 2015 Malaysia vs UAE 1 – 2
25 Mac 2016 Arab Saudi vs Malaysia 2 – 0
*Nota: Dollah Salleh hanya membimbing Harimau Malaya sehingga 3 September 2015 sahaja.

Dollah apa kau buat?
Walau bagaimanapun, beliau menerima banyak kritikan kerana bertanggungjawab untuk kekalahan 0-6 di tangan Palestin dan Oman, kegagalan pasukan untuk mendapatkan tiga mata menentang Timor Leste, Bangladesh dan Hong Kong serta kalah kepada Tajikistan dan Syria yang pernah berada di standard yang sama seperti Malaysia pada awal tahun 2014.
Ekoran kekalahan pasukan kebangsaan denga rekod terbesar,  10-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu, beliau akhirnya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pada 3 September 2015.


Namun episod malang / gelap skuad Harimau Malaya tidak berakhir disitu, setelah Dollah Salleh mengundurkan diri, skuad kebangsaan dikendalikan oleh Ong Kim Swee (OKS).

Kemuncak Kemarahan 
Pelantikan OKS sebagai pengendali baharu Harimau Malaya bagaimanapun gagal mengubati perasaan kecewa dan marah penyokong kebangsaan.


OKS menyambung aksi Kelayakan Piala Dunia Asia Kumpulan A yang masih berbaki empat perlawanan untuk ditamatkan.

Bagaimanapun, prestasi buruk Harimau Malaya masih kekal walaupun dibawah kendalian OKS apabila sekadar mencatatkan satu kemenangan dan empat kekalahan.

Saingan Tarikh Venue Lawan Keputusan
Group A 8-Sep-15 H Saudi Arabia 1-2
Group A 13-Oct-15 A East Timor 0-1
Group A 12-Nov-15 A Palestine 6-0
Group A 17-Nov-15 H U. A. E. 1-2
Group A 24-Mar-16 A Arab Saudi 2-0

Kemuncak kemarahan penyokong Harimau Malaya dapat disaksikan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia Asia Kumpulan A ketika menentang Arab Saudi yang dilangsungkan di Stadium Shah Alam, 8 September 2015.



Dengan menamatkan saingan ditangga kelima, ianya menyebabkan Malaysia tersingkir daripada menyertai Piala Dunia 2018 di Russia. 

Carta Kedudukan Kelayakan Piala Dunia Kumpulan A
Rank. Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Arab Saudi 8 6 2 0 28 4 24 20
2 UAE 8 5 2 1 25 4 21 17
3 Palestin 8 3 3 2 22 6 16 12
4 Malaysia 8 1 1 6 3 30 -27 4
5 T.Leste 8 0 2 6 2 36 -34 2

Walau bagaimanapun, kedudukan Malaysia yang berada antara 24 pasukan teratas, layak untuk mencari peluang bagi bersaing pada kelayakan Piala Asia 2019 di UAE.

Malaysia terpaksa melalui perlawanan 'Play-Off' dengan menentang pasukan Timor Leste untuk memasuki saingan kelayakan Piala Asia.

Keputusan Play-Off Kelayakan Piala Asia
Tarikh Perlawanan LIVE Keputusan
2 Jun 2016 Malaysia vs Timor Leste 3 – 0
6 Jun 2016 Timor Leste vs Malaysia 0 – 3
Aggregate
Malaysia 6-0 Timor Leste

Tidak Berakhir
Episod malang skuad Harimau Malaya diteruskan lagi dengan pelantikan 'professor' - Nelo Vingada yang menggantikan OKS pada 15 Mei 2017.

Nelo Vingada
Vingada diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih ketua pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia dengan tugas sukar untuk menghidupkan semula bolasepak Malaysia.

Perlawanan pertamanya adalah dalam kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, yang berakhir dengan kekalahan 1-2.

Perlawanan kedua beliau adalah dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan bolasepak kebangsaan Syria, yang berakhir dengan kekalahan, juga dengan keputusan 1-2 di Stadium Hang Jebat Melaka.

Vingada akhirnya meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Malaysia pada 6 Disember 2017 setelah mencapai persetujuan bersama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tindakan itu dibuat setelah beliau gagal memenangi mana-mana tujuh perlawanan yang dikendalikan beliau dan gagal melayakkan diri ke Piala Asia AFC 2019.

Kedudukan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Lebanon 6 5 1 0 14 4 +10 16
2 North Korea 6 3 2 1 13 10 +3 11
3 Hong Kong 6 1 2 3 4 7 −3 5
4 Malaysia 6 0 1 5 5 15 −10 1

Bersinar kembali
Pada 2017, Tan Cheng Hoe (TCH) merupakan penolong jurulatih Malaysia di bawah Nelo Vingada dan beliau mengambil alih sebagai ketua jurulatih Malaysia selepas Vingada meletak jawatan.


TCH juga merupakan pembantu jurulatih kepada K. Rajagopal dari tahun 2004 hingga 2013 dimana di bawah kendalian mereka berdua, Malaysia mencapai banyak keputusan yang baik seperti layak ke suku akhir Kejohanan Remaja AFC 2004 dan layak ke Kejohanan Remaja AFC 2006.

Malaysia juga menamatkan kemarau trofi mereka dalam bolasepak serantau dengan memenangi  Pingat Emas Sukan SEA 2009 dan Kejohanan AFF 2010, dibawah gandingan beliau dan K.Rajagopal.

Pelantikan beliau, sememangnya berjaya menghidupkan kembali bolasepak Malaysia yang gagal dilakukan oleh seorang profesor (Vingada).

Pengendali Tempoh P M S K J B +/- Win %
Ong Kim Swee 2014 - caretaker 3 1 2 0 2 1 +1 33.33
Dollah Salleh 2014–2015 18 4 4 10 19 46 −27 22.22
Ong Kim Swee 2015–2017 21 7 6 8 20 27 −7 33.33
Nelo Vingada 2017 7 0 1 6 6 16 −10 0.00
Tan Cheng Hoe 2017–present 24 13 4 7 50 24 +26 54.17

Menentang UAE malam ini, sudah pasti kita semua mengharapkan agar skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejutan ataupun untuk sekurang-kurangnya tidak dimalukan sekali lagi.

#AyuhMalaysiaku!

Rujukan dan sumber: Stadium Astro, Sun Daily, FIFA, Astro Awani

Post a Comment

Previous Post Next Post