Xhaka... Seribu bayangan aku gambarkan...Masih lagi kau tak mengerti.

LUMRAH manusia, kebaikan jarang sekali diingati sebaliknya satu kesilapan ianya kerap kali diperkatakan.



Mampukah kita semua 'buang yang keruh,ambil yang jernih' berhubung kes Xhaka?

Pemain itu mengakui kesilapan beliau ketika bertemu Tottenham tempoh hari, yang mana beliau telah melakukan terjahan 'bodoh' dan berbahaya yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan.

Lebih malang, keputusan perlawanan tersebut terikat seri 2-2 dan ini menyebabkan insiden terjahan beliau itu menjadi bualan.

Keadaan mungkin menjadi sebaliknya sekira Arsenal berjaya memperolehi kemenangan.

Pun begitu, mujur juga ianya berakhir dengan seri, jika tidak... pasti beliau menerima kecaman yang tidak putus-putus, malahan mungkin lebih teruk.

Xhaka membuat pengakuan Blick dimana beliau mengakui telah melakukan kesilapan, namun kritikan melampau terhadap dirinya bagaikan tidak adil kerana mereka hanya membicarakan mengenai kesilapan beliau itu tanpa melihat keseluruhan sumbangan beliau.

"Saya tahu saya melakukan kesalahan dalam penalti," kata Xhaka kepada media di Switzerland.

"Tetapi tiada siapa yang bercakap mengenai peluang yang banyak yang telah kita buat, hanya mengenai kesilapan."



Malah beliau turut membalas kritikan yang dilemparkan bekas pemain Manchester United, Gary Neville terhadapnya dengan menyifatkan ianya tidak mengganggu tumpuan beliau untuk terus memberikan yang terbaik kepada pasukan.

"Ini sebahagian daripada bolasepak, terdapat ramai yang banyak bercakap. Saya tidak terpengaruh dengan apa-apa dan saya tidak mahu. Bukan urusan saya. Tugas saya adalah untuk melaksanakan di padang. "

I know that I made a mistake in the penalty. But nobody talks about the many opportunities we have forgiven, only about the mistakes.  - Xhaka.

Sebagai penyokong, sudah tentu kita mahukan pemain-pemain sentiasa cemerlang namun kita juga menyedari bahawa ianya adalah sesuatu yang sukar untuk melihat seseorang pemain itu mengekalkan prestasi terbaiknya setiap perlawanan.

Berbalik kepada Xhaka, sepanjang mewakili Arsenal, beliau telah membuat membuat peningkatan dari segi jaringan dan bantuan gol, secara peribadinya.

Dan anda dapat melihat kepada jadual dibawah mengenai pencapai Xhaka mengikut kelab yang diwakilinya, setakat ini.

Musim Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
2016 - Arsenal 137 11 16 11.384'
2012 - 2016 Borussia Mönchengladbach 140 9 8 11.001'
2010 - 2012 FC Basel 1893 67 3 7 4.293'
2002 - 2010 FC Basel 1893 U21 37 11 - 2.778'

Namun, dari segi disiplin beliau juga menunjukkan 'peningkatan' dalam mengumpul kad merah dengan dua kad merah telahpun dipungut beliau bersama Arsenal setakat ini, berbanding satu ketika mewakili Borussia Mönchengladbach.

Dan jika melihatkan kepada rekod, jelas Xhaka seorang yang aggresif apabila telah mengumpul 97 kad kuning, tujuh kad kuning kedua yang menyebabkan layangan kad merah dan tiga kad merah (direct).

Pun begitu, harus difahami tugas dan fungsi beliau diatas padang. Selaku 'holding midfielder', beliau merupakan tunjang kekuatan pasukan.

Apa yang diperlukan beliau adalah pasangan yang mampu mengisi kedudukan (cover) apabila situasi kehilangan bola (baik secara pasukan mahupun Xhaka sendiri) dan mengimbangi kelemahan beliau yang agak 'slow' dalam melancarkan serangan.

Sesuatu yang positif,  beliau juga mempunyai kelebihan dalam melakukan hantaran tepat dan kisah ini akan diceritakan lebih lanjut dalam posting lain.

Musim Kelab Kad Kuning 2 Kad Kuning Kad Merah
2016 - Arsenal 39 - 2
2012 - 2016 Borussia Mönchengladbach 35 5 1
2010 - 2012 FC Basel 1893 3 7 10
2002 - 2010 FC Basel 1893 U21 9 2 -

Malahan satu ketika iaitu pada musim 17/18, beliau tidak mengalami sebarang penggantungan akibat koleksi kad yang diterima beliau pada musim itu.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, boleh dikatakan beliau semakin bagus dalam mengawal emosi beliau ketika berada diatas padang berdasarkan kutipan kad ataupun kesalahan.

Musim Penggantungan Dari Hingga Hari Terlepas Perlawanan Terlepas
18/19 kad kuning 3-Dec-18 6-Dec-18 3 1
16/17 kad merah 23-Jan-17 12-Feb-17 20 4
16/17 kad merah 16-Oct-16 30-Oct-16 14 3


Tindakan beliau ketika menentang Spurs tempoh hari, boleh dikatakan terlebih emosi dalam mengawal keadaan, maklumlah derbi Utara London katakan.

Beliau mungkin melakukan kesilapan dengan menghadiahkan penalti kepada Spurs, namun Leno juga melakukan kesilapan yang membawa kepada gol pihak lawan (error leading to gol).

Dan barisan serangan juga melakukan kesilapan walaupun menjaringkan dua gol, namun mensia-siakan peluang yang ada pada perlawanan tersebut dengan beberapa percubaan tersasar.

Kesimpulannya, perkara yang merugikan kelab lebih-lebih lagi memberikan gol kepada pihak lawan, senang untuk diperkatakan.

Namun, kegagalan penjaring untuk menjaringkan gol, tiada siapa yang bercakap ataupun mengecam.

Setakat ini (musim ini), Arsenal baru mencatatkan satu kesilapan yang memberikan gol kepada pihak lawan.

Dan harapan adalah ianya tidaklah berulang seperti musim lalu yang mana mencatatkan tertinggi dikalangan kelab-kelab yang bersaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris, dengan 13 kesilapan membawa padah.

Musim 2019/20 -  Error leading to gol.
Rank Kelab Stat
1. Sheffield United 3
2. Wolverhampton Wanderers 2
3. Arsenal 1
4. Aston Villa 1
5. Bournemouth 1
6. Burnley 1
7. Everton 1
8. Leicester City 1
9. Liverpool 1
10. Manchester City 1
11. Southampton 1
12. Tottenham Hotspur 1

Rujukan dan sumber: Premier League.

Kalau terer, tekalah tajuk lagu bagi tajuk diatas.


Post a Comment

Previous Post Next Post