Watford jadi 'Lauk Kailan Ikan Masin' Manchester City.

LAUK... itulah yang menjadi bahan kepada Watford ketika bertemu Manchester City di Etihad sebentar tadi.



Sebelum ini pada tahun 2008, Manchester City pernah menjadi lauk kepada Middlesbrough apabila mereka (City) dibelasah 8-1.


Namun mereka malam ini melepaskan dendam tersebut kepada Watford dengan membelasah pasukan yang mengikat Arsenal seri 2-2 dengan keputusan terbesar yang pernah mereka catatkan dalam sejarah, 8-0.
Mereka mendahului 5-0 hanya selepas 18 minit perlawanan dimulakan sebelum menambah empat lagi gol pada babak kedua perlawanan.



Keputusan ini juga memberi amaran kepada pasukan lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas Watford sebelum ini menampilkan aksi yang memberangsangkan dengan mengikat Arsenal 2-2 sama minggu lepas.

Kekalahan Watford ini juga memberi tamparan hebat kepada pengadali pasukan itu, Quique Sánchez Flores yang baru mengambil alih tugas selaku pengurus pasukan pada 7 September lalu.

Flores mengalami kekalahan memalukan pada perlawanan kedua beliau bersama Watford semenjak mengambil alih pada 7 September 2019.
Dua perlawanan dikendalikan Flores dengan mencatatkan satu seri (bertemu Arsenal dilaman sendiri) dan satu kekalahan memalukan kepada City dilaman lawan, sudah tentu ianya merupakan mimpi ngeri kepada pengendali tersebut.

Sorotan perlawanan.

Kemenangan besar City itu juga turut memberikan Aguero rekod baru dimana beliau kini berada dikalangan tiga pemain sahaja yang berjaya menjaringkan 100 atau lebih gol di laman sendiri  (satu tempat) selepas Thierry Henry yang menjaringkan 114 gol di Highbury dan Wayne Rooney, 101 gol di Old Trafford. 

Post a Comment

Previous Post Next Post