Mustafi tidak berminat untuk 'berperang' dengan Arsenal.

Shkodran Mustafi tidak mempunyai hasrat untuk 'beperang' dengan Arsenal selepas gagal dalam perpindahan baru-baru ini.



Mustafi, 27 tahun sebelum ini pernah dilaporkan bahawa beliau dibenarkan meninggalkan Emirates walaupun masih memiliki kontrak sehingga tahun 2021, tetapi tiada sebarang 'pergerakan' yang berlaku.

Musim ini, beliau masih gagal membuat sebarang penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, bagaimanapun bermain 90 minit dalam kemenangan 3-0 atas Eintracht Frankfurt bagi saingan Liga Europa, Jumaat lalu.

Bercakap kepada Sport Bild, beliau mengakui bahawa tidak menolak untuk berpindah sekiranya berpeluang namun buat masa ini, beliau tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dengan Arsenal.

"Ayah saya, yang menjadi ejen saya, bercakap dengan kelab, saya seorang pemain Arsenal dan saya masih mempunyai kontrak selama dua tahun," katanya kepada Sport Bild.

"Saya tidak pernah menjadi seorang yang memulakan peperangan ketika sesuatu tidak berjalan mengikut perancang, saya selalu berkata jika mungkin, saya terbuka untuk mengambil langkah seterusnya. Jika tidak, saya terus bermain.
"Pengurus berkata dia melihat saya sama seperti dia melihat setiap pemain dalam pasukan sebab itulah saya bermain hari ini. Kita akan lihat bagaimana masa depan nanti."

Beliau turut tidak menolak untuk kembali ke tanah airnya sekiranya terdapat kelab Bundesliga yang membuat tawaran memenuhi pilihan dan kriteria beliau.

"Saya mempunyai seorang isteri dan dua orang anak, jadi mereka juga harus bersetuju," jelas Mustafi.

"Apabila sebuah kelab Jerman menunjukkan minat dan ia sesuai dengan saya, maka saya terbuka untuknya."

Penulis tetap meminati Mustafi dari Luis 😣

Post a Comment

Previous Post Next Post