Neymar tetap gembira walaupun gagal dalam usaha berpindah.


PENJAGA gol Brazil, Enderson memberitahu bahawa Neymar tetap gembira bersama rakan sepasukan kebangsaan biarpun penyerang berkenaan gagal dalam usahanya untuk kembali menyertai Barcelona.



Barcelona dilaporkan gagal menandatangani penyerang itu daripada Paris Saint-Germain (PSG) sebelum tarikh tutup jendela perpindahan berakhir pada Isnin, 2 September.

Bagaimanapun, Neymar jelas tidak terkesan dengan kekecewaan tersebut dan mengetepikan isu itu sepanjang bersama kem latihan Brazil, malah Enderson sendiri mengakui penyerang berkenaan menunjukkan reaksi seperti tiada apa-apa berlaku apabila bersama rakan-rakan lain.

Sudah tentu Neymar amat gembira bersama kami.

Dalam masa sama saya tidak pasti sama ada dia boleh bermain atau tidak kerana hanya jurulatih lebih mengetahui.

Buat masa ini, saya dapat melihat dia (Neymar) gembira malah semua pemain yang dapat menyarung jersi Brazil pastinya gembira,” kata Enderson.


Selain itu, usaha Juventus untuk mendapatkan Neymar juga menemui kegagalan walaupun menawar Dybala berserta €100 juta ditolak PSG.
Skuad Brazil akan berdepan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Colombia pada Jumaat sebelum menentang Peru pada 10 September.

Post a Comment

Previous Post Next Post