Arsene Wenger bakal kembali, dedahkan keinginan untuk kembali ke dunia pengurusan bolasepak.

PENGURUS lagenda Arsenal, Arsene Wenger rindukan dunia bolasepak di padang dan perlawanan.



Arsene Wenger mendedahkan hasratnya untuk kembali ke pengurusan setelah mengakui dia merindukan 'intensiti persaingan'.

Adakah Wenger bakal mengendalikan pasukan kebangsaan?
Bekas pengurus Arsenal itu tidak membimbing ataupun terikat dengan mana-mana kelab sejak menamatkan pemerintahan 22 tahun di Utara London pada 2018.

Beliau yang berusia 69 tahun, sebelum ini telah menolak beberapa tawaran untuk kembali ke dunia pengurusan sejak mengumumkan pemergiannya dari Emirates.

Namun kini beliau mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali ke dunia pengurusan bolasepak selepas berehat panjang dengan mengakui terbuka untuk kemungkinan kembali ke gelanggan sekali lagi.

"Saya tidak boleh hidup hari ini dengan hakikat saya tidak akan berada di bangku simpanan lagi. Saya mungkin pergi untuk kedudukan pertengahan, "kata Wenger kepada BeIN Sports.

"Apa yang saya mahukan sudah pasti adalah untuk berkongsi apa yang saya tahu dan apa yang saya pelajari sebanyak boleh. Saya ingin mengalami intensiti persaingan  untuk kali terakhir.

"Saya mempunyai keengganan untuk kembali semula dalam arena pengurusan tetapi sukar untuk mengatakan tidak kepada sesetengah orang.



Beliau juga mendedahkan dimana beliau perlu membina kehidupan baru selepas meninggalkan Arsenal walaupun masih 'terikat' dan sebati dengan kelab yang pernah dibimbingnya selama 22 tahun.

"Saya sangat bernasib baik untuk membimbing kelab ini selama 22 tahun, dengan sentuhan berkelas tersendiri

"Jadi secara keseluruhan saya mesti mengatakan bahawa saya gembira ianya telah terputus. ini kerana saya melakukannya dengan sentiasa meletakkan serta memberikan hati dan jiwa serta akal sebanyak yang mungkin ketika berada disana.

"Dan kemudian anda perlu menerimanya. Ia seperti mendidik kanak-kanak. Anda perlu membiarkan mereka pergi dan terus berjaya. "

“You're loved when you're born, you're loved when you die, in between you have to manage." - Arsène Wenger

Post a Comment

Previous Post Next Post