Pemain muda Arsenal cemerlang di Jerman, Saka hukum tuan rumah.

ARSENAL memulakan saingan peringkat kumpulan dengan kemenangan dicatatkan di Jerman awal pagi tadi.



Kempen Liga Europa The Gunners musim ini dimulakan dengan kemenangan bergaya ditempat lawan setelah menewaskan Eintracht Frankfurt 3-0 dan pemain muda, Saka menghukum tuan rumah yang beraksi dengan 10 pemain.

Formasi dan kesebelasan utama Arsenal menentang Eintracht Frankfurt
Bukayo Saka, pemain muda yang dilahirkan dari Akademi Arsenal mempamerkan aksi luar biasa dengan terlibat dalam kesemua gol yang dijaringkan di Commerzbank-Arena dan menghukum Eintracht Frankfurt yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Dominik Kohr dibuang padang ekoran menerima kad kuning kedua perlawanan pada minit ke-79.

Saka, 18 tahun bermula cemerlang dari babak pertama lagi apabila menghasilkan bantuan gol untuk seorang lagi pemain muda The Gunners, Willock mencipta jaringan pada minit ke-38.

Bersambung ke babak kedua perlawanan, Saka terus 'menggila' dengan menjaringkan gol pada minit ke-85 dan menambah satu lagi koleksi bantuan gol untuk Pierre-Emerick Aubameyang dua minit kemudian.
Aksi cemerlang Saka itu turut mencipta sejarah dimana beliau merupakan pemain termuda yang pernah menjaringkan gol untuk Arsenal dalam saingan Liga Europa.


Arsenal menduduki tangga teratas kumpulan F dan dilihat tidak menghadapi masalah untuk berada ataupun muncul selaku juara kumpulan dengan memungut mata maksimum.

Kumpulan F dihuni oleh kelab Belgium (Standard Liège), kelab Portugal (Vitória de Guimarães) dan kelab Jerman, Eintracht Frankfurt.

Arsenal akan menerima kunjungan Aston Villa Ahad ini di Emirates bagi saingan Liga Perdana Inggeris (jam 11.30 malam), waktu Malaysia.

Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Arsenal 1 1 0 0 3 0 +3 3
2 Standard Liège 1 1 0 0 2 0 +2 3
3 Vitória de Guimarães 1 0 0 1 0 2 −2 0
4 Eintracht Frankfurt 1 0 0 1 0 3 −3 0

Post a Comment

Previous Post Next Post