'Saya Seorang Pemain Tengah, Bukan Pemain Pertahanan. Tetapi Saya Masih Belajar Untuk Buat Yang Terbaik Untuk Pasukan'

Ainsley Maitland-Niles menerima dengan hati terbuka akan kepulangan Hector Bellerin ke kesebelasan utama pasukan, sambil mengakui beliau gembira dengan pengalaman belajar bermain di posisi yang berlainan.

Beliau bermain di posisi Bellerin di bahagian bek kanan sementara pemain Sepanyol tersebut masih dalam proses pemulihan dari kecederaan lutut. 

Dan kemungkinan Bellerin akan kembali ke skuad dalam masa beberapa minggu lagi.

Maitland-Niles juga menerima segala kritikan dengan setiap permainannya, juga menyatakan fakta bahawa beliau adalah seorang pemain tengah, bukan pemain pertahanan. Beliau juga berazam mahu bersaing memenangi tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Beliau menjawab soalan Sky Sports apabila bercakap mengenai kesan daripada kepulangan Hector Bellerin: 'Hanya masa akan menentukannya dan sudah tentu saya mahu bermain seberapa banyak perlawanan yang boleh.

PROFIL RINGKAS AINSLEY MAITLAND-NILES



Nama penuh: Ainsley Cory Maitland-Niles
Tarikh & tempat lahir: 29 Ogos 1997 di London, England
Posisi: Pemain tengah
Sertai Arsenal: 2003
Kontrak Pro Pertama: 24 Oktober 2014
Debut Arsenal: 9 Disember 2014 lawan Galatasary (UCL)
Jumlah penampilan: 73
Jumlah jaringan gol: 2
Jumlah bantuan gol: 5

"Saya mahu kekal di dalam pasukan, tetapi saya harus menerimanya jika pengurus pasukan memilih Bellerin. Saya hanya perlu terus berlatih dan bekerja keras supaya saya juga boleh terpilih nanti.

"Saya seorang pemain tengah, samada di bahagian tengah atau sayap, semuanya sama sahaja bagi saya. Saya bukan seorang pemain pertahanan, dan saya mendapat banyak cemuhan kerana tahap permainan bertahan saya tidak bagus. Tetapi ianya sesuatu yang saya masih belajar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Ini bukan perkara yang boleh jadi serta-merta. Jika saya seorang pemain pertahanan sejak saya masih kecil, dan tahap permainan bertahan saya masih lemah, saya boleh faham dengan setiap kritikan tersebut. Saya sentiasa mencuba yang terbaik untuk pengurus dan pasukan.

"Saya masih belajar cara untuk bermain di bahagian pertahanan, belajar untuk mengatasi apabila pemain-pemain lawan berlari ke arah saya dan mencuba pelbagai skil untuk melepasi saya.

"Memang bagus untuk mempunyai satu posisi utama untuk kamu bermain. Setiap orang dapat bermain di posisi utama mereka, dan saya berharap saya juga akan mendapat peluang tersebut suatu hari nanti." sambungnya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post