Tindakan Arsenal cetuskan kemarahan pemain lagenda, Nwankwo Kanu.

ARSENAL telah melakukan kesilapan 100% apabila menjual Iwobi, menurut Kanu.



Pemain lagenda kelab, Nwankwo Kanu mengatakan bahawa Arsenal telah membuat kesilapan besar apabila melepaskan (jual) pemain muda, Alex Iwobi yang mana The Gunners telah kehilangan seorang pemain yang sanggup memberikan segalanya kepada kelab.

Iwobi berpindah menyertai Everton pada minggu terakhir jendela perpindahan musim panas dan dianggarkan nilai perpindahan tersebut mencecah sehingga £34-35 juta
Laporan sebelum ini mengatakan bahawa pemain sayap itu mencari lebih banyak masa bermain dan mahu menrealisasikan hasrat beliau itu dengan bermain bersama pasukan lain yang mampu memenuhi tuntutan beliau itu.
Walau apapun difikirkan Arsenal sehingga membuat keputusan untuk melepaskan Iwobi, Kanu bagaimanapun tidak menganggap bahawa penjualan tersebut merupakan sesuatu yang boleh diterima (masuk akal).

"Saya akan mengatakan mereka melakukan kesilapan, 100 peratus," jelas Kanu kepada Goal.

"Kenapa mereka membiarkan dia pergi, saya tidak tahu. Dia seorang budak yang, dalam dan luar, adalah Arsenal. 

"Dia sentiasa mahu melakukan yang terbaik untuk kelabnya. Dia sukakan kelab, tetapi bukan hanya bermain bolasepak.

"Apa yang dia berikan setiap minggu, peminat perlu menghargai itu. Saya fikir dia masih muda dan mereka adalah jenis orang yang anda mahukan dalam pasukan, orang yang membesar di sini, yang tahu segala-galanya tentang kelab dan sedia mati untuk kelab.

"Dia adalah salah seorang daripada mereka, untuk kita kehilangan dia dan membiarkannya pergi, adalah satu kejutan. Saya tidak boleh percaya bahawa kami melakukannya, tetapi itulah bolasepak. "

Pemain berusia 23 tahun itu telah menjaringkan 15 gol dalam 149 penampilan untuk The Gunners, membantu kelab menjuarai satu Piala FA.

Post a Comment

Previous Post Next Post